Justeru, Abdul Hadi Mohamad meminta Pak Samad menandatangani sehelai kain batik Terengganu berwarna kuning yang akan dijadikan sebagai ‘plak’ perasmian ‘hotel kuning ‘ itu , hari ini Jumaat 8 Jun.
Menurut Abdul Hadi, beliau mewarnakan hotel tersebut dengan warna kuning kerana pengubahsuaian hotel itu selesai apabila beliau sedang bersiap-siap untuk meghadiri Himpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur.
Pak Samad mengucapkan AlhamduliLlah dan berterima kasih atas permintaan ‘mengejut’ Abdul Hadi yang meminta beliau merasmikan pembukaan hotel terbabit.
Sementara itu, menurut Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terengganu, Zaidan Abdullah, Pak Samad akan turut bersama dengan program ‘Himpun dan Ingat’ di perkarangan ‘stadium runtuh’ pada petang ini.
Zaidan memaklumkan, Pak Samad akan membaca puisi terbaru beliau, berkait dengan tragedi stadium yang bernilai RM292 juta itu runtuh bumbungnya pada 3 tahun yang lalu.
“Pak Samad telah memaklumkan, beliau akan membaca puisi terbaru khas tentang tragedi stadium yang runtuh bumbungnya,
“program ‘Himpun dan Ingat’ pada petang ini adalah program khusus dianjurkan bagi memperingati sudah tiga tahun stadium itu runtuh bumbungnya, tetapi masih belum dibaiki,”katanya.
Beliau yang juga Setiausaha Badan Bertindak Menangani Isu Bangunan Runtuh (Runtuh) berkata, pihak polis telah mengeluarkan surat jawapan rasmi membenarkan himpunan tersebut yang akan berlangsung dari jam 5 hingga 7 petang ini.
“surat tersebut menjawab balas permohonan kita untuk mengadakan ‘Himpun dan Ingat’ dengan pihak polis memberikan persetujuan membenarkan perhimpunan aman diperkarangan stadium dengan bersyarat,”jelasnya.
http://www.youtube.com/watch?v=PZ0GaO24SdA








