Beliau yang berada di kawasan tersebut pada Himpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu yakin, individu yang membuka rintangan itu bukan dikalangan peserta.
“Saya berada di situ, sepanjang masa sejak himpunan bermula, seseorang telah membuka rintangan yang menyebabkan suasana menjadi kelam kabut,
“saya yakin yang buka itu bukan seorang peserta Bersih 3.0,”ujarnya ketika ditemui di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, dekat sini, Isnin 30 April.
[Gambar – Ustaz Wan Shukairi ketika menyertai Bersih 3.0 “Duduk dan Bantah” berhampiran dataran Merdeka Sabtu lalu]
Sehubungan itu, beliau yang juga Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dan penyokong PAS yang menghadiri Bersih 3.0.
Katanya, mereka yang hadir menunjukkan akhlak yang baik, mematuhi arahan pimpinan dan berani menghadapi cabaran.
Beliau memaklumkan, seramai 300 orang ahli dan penyokong PAS Terengganu yang telah ditahan sepanjang Sabtu lalu telah dibebaskan.
Katanya, peserta yang terakhir dibebaskan adalah pada jam 5.00 pagi, Ahad 29 April.
“AlhamduliLlah, semua peserta dari Terengganu yang ditahan dan dibawa ke Pulapol telah dibebaskan pada malam tersebut,
“yang terakhir, dibebaskan pada jam 5.00 pagi,”jelasnya.
Justeru, beliau rakyat akan turun beramai-ramai menghadiri himpunan Bersih 4.0 sekiranya ianya diadakan.
“Kita menyokong dan yakin, rakyat akan turun, berdasarkan semangat yang ditunjukkan pada Bersih 3.0, InsyaAllah, kita bersedia untuk hadir beramai-ramai,”ujarnya.
Beliau berkata demikian apabila diminta memberi respons terhadap Amaran Presiden PAS, akan mengadakan himpunan BERSIH 4.0 sekiranya tuntutan Bersih tidak ditunaikan oleh kerajaan.








