Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

Kenyataan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said Tidak Benar

bahawa bantahan kami semenjak dari tahun 2008 lagi ialah berhubung dengan jajaran yang melibatkan 22 buah rumah kediaman di kampung Banggol Donas.

Kami mempunyai alasan kukuh dan munasabah kerana jajaran boleh dihalakan ke tepi kampung melalui tanah kosong milik sebuah syarikat korporat.  Bukan sahaja jajaran tidak di ubah, rayuan dan bantahan kami tidak pernah mendapat layanan dari Pihak Berkuasa Negeri.  Majlis dialog dan penerangan juga tidak pernah diadakan dengan penduduk kampung, walhal dialog yang sama telah di adakan dengan penduduk kampung Banggol Binjai pada tahun 2010 untuk projek Fasa 1.

Kami memahami yang kerajaan boleh mengambil tanah secara paksa menggunakan seksyen 3 Akta Pengambilan tanah 1960 tetapi sebelum memaksa kami sepatutnya memberi ruang untuk berbincang dengan pemilik tanah seperti yang di lakukan dalam projek MRT Kuala Lumpur, apabila pihak kerajaan mengubah pelan asal di Jalan Sultan, Kuala Lumpur dengan membina “tunnel” dan menyelamatkan bangunan kedai.

Kaedah yang sama sepatutnya di lakukan untuk menyelamatkan rumah-rumah kediaman    kami dengan mengubah jajaran ke tepi kampung sepertiman yang kami cadangkan semenjak dari tahun 2008 lagi, dua tahun sebelum ini dimulakan.

Kerajaan bukan sahaja enggan berbincang dan menyelamatkan kampung Banggol Donas tetapi membiarkan kontraktor membina jalan dihadapan dan belakang kampung sebelum tanah milik   di wartakan walaupun bercanggah dengan Akta Pengambilan Tanah 1960. Pihak Berkuasa Negeri seperti Pejabat Tanah dan JKR terus membisu dan tidak menghalang kontraktor dari menceroboh.

Pelbagai pihak telah kami temui termasuk SUHAKAM, bantahan kepada Perdana Menteri tetapi langsung tidak mendapat simpati dari kerajaan negeri, bahkan semakin rancak kontraktor melaksanakan kerja-kerja pembinaan seolah-olah mendapat restu dari kerajaan.

Pelanggaran prosedur APT ini bukan sahaja diperengkat awal pembinaan dengan tidak memaklumkan kepada pemilik tanah seperti yang dikehendaki dibawah seksyen 4(1) tetapi juga pada perengakt pembayaran pampasan kepada pemilik tanah. Sebelum pembayaran dibuat, Seksyen 16 APT menghendaki Pentadbir Tanah menyampaikan satu notis dalam Borang H kepada setiap orang yang berkenpentingan pada tanah berkenaan.

Sebaliknya Pejabat Tanah mengadakan majlis penyampaian cek bayaran pampasan secara berkelompok tidak ubah seperti bayaran duit raya. Terdapat pemilik  tanah yang merasakan tertipu kerana amaun pampasan yang diterima begitu rendah dan memulangkan kembali kepada Pejabat Tanah.

Apabila Menteri Besar mengatakan yang kesemua kami telah menerima bayaran pampasan dan enggan berpindah adalah tidak benar kerana masih ada dikalangan kami yang belum menerima Borang H untuk menerima atau menolak amaun yang diawardkan  oleh kerajaan.

Kerajaan sepatutnya mematuhi semua perengkat APT dan menghalang kontraktor dari memasuki tanah milik yang belum di wartakan. . Kerajaan sepatutnya melaksanakan penguatkusaan APT dan melindungi pemilik tanah sejajar dengan Perkara 13, Perlembagaan Persekutuan, bukan menafikan kepentingan kami.

Kerajaan jugasepatutnya mendahulukan kepentingan kami dan tidak menuduh kami enggan berpindah secara melulu, menggambarkan kami penduduk kg. Banggol Donas tidak menghurmati  undang-undang dan menentang pembangunan.

Isu utama ialah mengubah jajaran, menyelamatkan rumah-rumah kediaman kami, dan untuk mengubahnya ianya masih boleh dilakukan kerana pembinaan di kawasan kediaman masih belum dimulakan.

Kenyataan Akhbar Haji Salleh Embong
Pengerusi J/K Bertindak Tanah Kg. Banggol Donas
30 April, 2012

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan