BERSIH 3.0 – Menunggu Detik Jam 2 Petang

996

Jalan masuk ke KL dari utara melalui jalan Kuching di sekat di PWTC dan laluan kenderaan dilencongkn ke jalan Tun Razak.

Skuad BO berjaya masuk sehingga ke Chow Kit dan terpaksa menurunkan empat ahli skuad bagi meneruskan perjalanan secara berjalan kaki.

Dua lagi menyusup masuk hingga melepasi sekatan-sekatan di Kampung Baru, ke Jalan Ampag dan terus meletakkan kereta di satu tempat letak kereta berhampiran HSBC.

Orang ramai berhimpun di hadapan masjid Jame’ dan depan bangunan Majlis Peguam di bawh rel LRT, kerana disekat dihadapan, itulah yang paling hampir.

Namun,  beberapa ribu orang telah pun menyusup lebih awal dan kini berada dihadapan mahkamah benar-benar berhadap dengan Dataran Merdeka.

Himpunan semakin ramai dan menunggu arahan kepimpinan apabila BERSIH 3.0 bermula pada jam 2 petang