Namun begitu, katanya, beliau sendiri tidak dapat turut serta pada perhimpunan tersebut kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.
“Sertai Bersih 3.0 wajib, masalah taknikal (tempat) itu boleh bincang. Tapi, saya sendiri tak dapat pergi, kerana keuzuran. Hari ini (Jumaat) pun, mengajar (kuliah pagi) di Kota Bharu pun tak larat.
“Sembahyang subuh pun baca surah pendek-pendek sahaja,” ujarnya selepas Ceramah Penerangan Isu-isu Semasa di Kampung Bukit Parit, dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Berangan, Marang, semalam Jumaat 27 April


Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat berkata sekumpulan rakyat yang datang lebih awal mula berkumpul secara santai berhampiran dataran tersebut.
Menurutnya, orang ramai yang berkumpul terdiri dari kalangan anak-anak muda yang akan menyertai himpunan Bersih 3.0 hari ini.
“Semalam, saya berada di sekitar Dataran Merdeka untuk melihat suasana di sana. Orang ramai sekitar 2,000 hingga 3,000 orang anak muda mula berkumpul sejak jam 10.00 malam dan saya tinggal (lokasi) jam 1.45 pagi, orang masih ramai lagi,” jelasnya ketika dihubungi hari ini.
Turut berada di lokasi semalam adalah beberapa pemimpin dari Terengganu termasuk Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu Ustaz Wan Shukairi Wan Abdullah dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing
http://www.youtube.com/watch?v=nmHBh6U9f20




























