Sesungguhnya Islam sebagai suatu cara hidup yang syumul itu tidak membea-bezakan bahkan menyamakan taraf prempuan dan lelaki, tiada beza melainkan iman dan taqwa kepada Allah SWT.
Sempena sambutan Hari Wanita yang di anggap sebagai hari kemuliaan untuk wanita, Dewan Muslimat PAS Terengganu menyerus kepada seluruh umat supaya sayangilah dan hormatilah serta lindungilah wanita atau perempuan sebagai ibu, isteri dan saudara rapat.
Perempuan atau wanita adalah mereka yang berada dipersekitaran dan sekeliling kita semua, yang kita tetap sayangi, dimana jua kita berada dan apa jua bidang yang kita ceburi.
Yang paling penting, Dewan Muslimat menyeru kepada semua wanita dan perempuan supaya mereka menghargai maruah diri dan menghormati diri mereka sendiri.
Dewan Muslimat juga sempena Hari Wanita ini berikrar, sekiranya ada lagi apa-apa diskrimnasi terhadap wanita dalam zaman yang serba moden dan mencabar ini, kami dan kita semua akan berganding bahu bagi menghadapi segala bentuk rintangan dan halangan.
Marilah kita semua bersama-sama membantu diri kita dan massyarakat dunia bagi meletakkan wanita atau perempuan itu pada tempat yang betul dan yang selayaknya.
SAFINAH JUSOH
KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS TERENGGANU





























