Kenaikan Harga Barang Berkait Dengan Jenayah Kemanusiaan

784

Che Salmi Che Ibrahim Pengurus Sabasun Hyperuncit berkata, antaranya adalah pengubahsuian minyak kelapa sawit dan jagung menjadi minyak ‘bio-diesel’.

“menjadikan tumbuh-tumbuhan atau makanan manusia sebagai bio-diel adalah satu jenayah kemanusiaan,

“selain daripada kelapa sawit, satu lagi jenis makanan manusia yang digunakan untuk bio-diesel adalah jagung,

“jagung (dan kelapa sawit) diekspot demi untuk kepentingan komersial,”ujarnya ketika menyampaikan hujah sepagai ahli panel pada Forum Kepenggunaan yang diadakan pada 4 Januari.

Oleh sebab itu, menurutnya, berlaku kenaikan harga terhadap barang makanan utama minyak masak kerana berlaku permintaan yang berlebihan berbanding pengeluaran.

Katanya, walaupun rakyat Terengganu ‘tidur’ dalam ladang kelapa sawit yang begitu luas, namun harga minyak masak terus meningkat.

Hujah Che Salmi seiringan dengan pendapat yang dikeluarkan oleh ahli-ahli perniagaan pada Forum Ekonomi Dunia Mengenai Asia Timur yang diadakan di kuala Lumpur pada Jun 2008

Pengerusi Nestle Switzerland, Peter Brabeck-Letmathe, pada Forum tersebut berkata, keputusan Amerika Syarikat mempromosikan penggunaan bahan bakar bio menyumbang kepada ketidakseimbangan harga makanan .
Forum tersebut juga bersependapat, dua pertiga daripada kenaikan harga makanan berpunca daripada keputusan diambil kerajaan.

Turut menjadi ahli panel pada Forum Kepengganaan yang di anjurkan  oleh Lujnah pengguna Dan Alam Sekitar  PAS Terengganu itu adalah Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfoz Omar.

http://www.youtube.com/watch?v=Lyyw0TQGAOk