Temui Ustaz Nasaruddin Tantawi di Pentas Pemuda

1122

Naib Mudir, Ustaz Mohd Saiful Ambia Darusa berkata Ceramah Pentas Pemuda dan Muslimat dibuat bagi mengupas isu-isu semasa yang berlaku dalam negara hari ini.

Katanya, rakyat perlu didedahkan dengan sumber maklumat yang benar dan tidak diputar belitkan oleh pihak Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Kita (Yakep) sediakan pentas untuk pimpinan pemuda dan muslimat. Mereka boleh memberikan penerangan dan menjelaskan isu-isu semasa yang berlaku hari ini.

“Rakyat perlu didedahkan dengan sumber maklumat dan tidak bergantung kepada media yang pro-Umno-BN berunsur fitnah,”ujarnya.

Justeru itu, beliau menyeru orang ramai agar dapat menghadirkan diri bagi mendengar secara langsung penjelsan isu-isu semasa.