Terengganu, Malaysia

Anwar bebas!

Beliau berkata kebenaran telah terserlah, kerana rakyat mahukan peperangan yang lebih besar (PRU13).

Manakala anak sulong Anwar, Nurul zzah juga menhantar mesej melalui twitternya mengesahkan bahawa ayahnya dbebaskan oleh mahkamah.

“kedua-dua bukti tidak diterima, ayah bebas,”katanya menurut twitter

Manakala Twitter akhbar The Star memetik Hakim Mohamad Zabidin sebgai berkata, oleh kerana kes sebut melibatkan kesalahan jenayah sekssual, maka keterangan Saiful sahaja, tidak boleh diterima sebagai bukti.

Menurut laporan beberapa media perdana, Keputusan itu dibacakan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, di Mahkamah Tinggi Jenayah 3 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Anwar bebas!Mohamad Zabidin menyatakan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik.

“Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.

“Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan,” katanya.

(Gambar – Anwar melambaikan tangan kepada semua penyokongnya, sejurus sebelum memasuki mahkamah)

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan