NASHVILLE (Amerika Syarikat): Dua pemimpin Islam yang dihalang daripada menaiki pesawat di sini Mei lalu telah memfailkan saman terhadap dua syarikat penerbangan, kelmarin.
Saman itu difail terhadap Delta Air Lines and Atlantic Southeast Airlines Inc, yang menyediakan perkhidmatan udara dari Memphis ke Charlotte, di Utara Carolina
Saman itu difailkan oleh Masudur Rahman dan Mohamed Zaghloul yang didakwa perlu menjalani pemeriksaan keselamatan yang ketat sebelum menaiki pesawat.
Rahman, yang mengajar bahasa Arab secara sambilan di Universiti Memphis, memakai baju tradisional India ketika kejadian Manakala, Zaghloul, yang merupakan pemimpin Persatuan Islam Greater Memphis, pula memakai baju tradisional Arab.
Dalam saman itu, mereka menuntut pampasan bagi kerugian yang dialami.
Mereka mendakwa juruterbang pesawat tersebut meminta mereka turun daripada pesawat terbabit kerana berpendapat kehadiran mereka akan menyebabkan penumpang lain berasa tidak selesa.
Semasa kejadian, mereka sedang dalam perjalanan menghadiri persidangan diskriminasi anti-Muslim.
‘Defenden menghalang Rahman dan Zaghloul (menaiki pesawat) ekoran penampilan mereka. Mereka berjanggut, memakai pakaian tradisional Arab dan kelihatan asing.
‘Defendan secara tidak sah bergantung pada ciri-ciri penampilan ini bagi merumuskan bahawa Rahman dan Zaghloul menimbulkan ancaman keselamatan dan tidak membenarkan mereka menggunakan tiket penerbangan yang dibeli,’ kata saman itu.
Dalam kenyataannya, kedua-dua syarikat penerbangan itu berkata:
‘Atlantic Southeast dan Delta menentang diskriminasi dalam sebarang bentuk dan oleh sesiapa pun. Kakitangan kami, pada setiap masa, bertindak demi kepentingan keselamatan para penumpang.’ – AP.









