Menuurtnya, rakyat wajar menolak Umno jika mempunyai perasaan jijik serta meluat terhadap penyelewengan dan rasuah di kalangan pemimpin Umno.
“Kami (ABU) akan lancarkan kempen ke seluruh negara untuk menyeru rakyat supaya berani menyatakan pendirian jijik dan perasaan meluat mereka terhadap penyelewengan dan rasuah yang Umno amalkan.
“Lantas dengan tidak teragak-agak menolak Umno dan tumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13,” tegasnya pada satu sidang media di Restoran Muara Tom Yam, dekat sini, 9 Disember lalu.
Ini kerana, katanya kesan yang kini dirasai oleh rakyat dengan kenaikan harga barang melampau.
Menurutnya, 80 peratus rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung beban kos sara hidup yang semakin tinggi.
Selain itu, kata beliau politik perkauman digunakan bagi menakutkan rakyat dengan menggunakan taktik ‘pecah’ dan ‘perintah’.
“Taktik ‘pecah’ dan ‘perintah’ dilaksanakan untuk menutup berita penyelewengan, rasuah, boros dan tamaknya pemimpin-pemimpin Umno ini,” ujarnya.
Menurutnya, selama pemerintahan Umno-BN rakyat Malaysia didodoikan dengan slogan perkauman sempit.
Kata Rafzi, kini isu agama dicipta dan diapi-apikan bagi memastikan kelangsungan jangka hayat politik Umno-BN.
Harakah dimaklumkan, lebih 15 buah NGO telah bersam dengan ABU yang terbuka kepada semua pihak kecuali Umno.
Menurutnya, ABU mensasarkan sebanyak mungkin badan-badan NGO serta parti-parti politik lain menentang kezaliman Umno.
“Kami (ABU) merayu dan menyeru kepada semua pekerja, petani, nelayan, persatuan dan pertubuhan, badan bukan kerajaan, parti politik, parti pembangkang dan parti politik bebas.
“Golongan professional, ahli akademik, cendekiawan, mahasiswa, karyawan, para artis, pekerja seni dan semua kelompok rakyat tersisih dan tertindas seperti kumpulan mat rempit, penganggur dan lain-lain.
“Supaya melahirkan rasa tidak yakin kita terhadap Umno yang sudah tidak sedar diri, korup,angkuh, menindas, zalim dan bodoh sombong,” ujarnya.
Menurutnya, pada 15 Disember 2011 jam 8.00 akan diadakan satu forum di KL-Selangor Chinese Assembly Hal.
Katanya, forum tersebut akan dihadiri oleh rakyat dari seluruh negara dan membuat pengumuman besar yang akan merubah situasi politik di Malaysia.




























