ANAK pada setiap DUN ada Felda – Ustaz Saiful

1050

DUNGUN – PAS Terengganu berhasrat untuk menubuhkan cawangan ANAK di setiap Dewan undangan Negeri (DUN) yang terdapat rancangan tanah Felda didalamnya.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Ustaz Satiful@Saiful Bahri Mamat, ia bukanlah sesuatu yang mustahil kerana sokongan yang telah ditunjukkan oleh generasi kedua Felda.

“Alhamdulillah Dun Paka telah mendahuluinya.kehadiran hampir 50 generasi kedua Peneroka felda dalam satu perjumpaan di sini mengambarkan kesediaan mereka membuat perubahan dalam PRU 13 nanti,”katanya yang juga selaku Pengerusi Majlis Tindakan DUN Paka.

Katanya, ia bukan perkara mustahil kerana mereka pernah melakukannya pada PRU ke-10 tahun 1999 lalu.

Beliau yang juga bekas ADUN Paka berkata, tujuan utama penubuhan Anak di peringkat DUN Paka adalah terjemahan sikap pimpinan PAS yang memberi kepercayaan terhadap anak muda dalam mentadbir urus dan membuat keputusan.

“Sekarang mereka telah melantik 3 orang bagi setiap Felda kerteh 1, 2, 3, 4 dan Ketengah Jaya serta membentuk organisasi Anak.
“Selepas ini pendaftaran ahli akan dibuat secara besar-besaran dan akan dirasmikan oleh Sdr Mazlan Aliman pada akhir bulan depan,”ujarnya dalam satu kenyataa media yang dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, anak-anak muda Felda ini akan diberi kepercayaan dalam membela generasi mereka serta menuntut hak mereka.

Beliau berkata, bagi pihak PAS DUN Paka juga memberi kepercayaan kepada mereka dalam menyelia dan mengurus tanah generasi kedua sekiranya PAS diberi mandat dan memperolehi kemenangan samada peringkat negeri apatah lagi sekiranya menguasai Putrajaya.

“Janji Pakatan Rakyat (PR) untuk mengisi tanah Felda Plantation akan diambil perjalanan oleh Anak ini.
“Tanah generasi kedua berjumlah 1,088 lot di bandar Ketengah Jaya yang telah diluluskan dizaman pemerintahan PAS yang dibekukan oleh kerajaan Umno sehingga kini, turut akan diurus serta diseliakan oleh Anak,”tegasnya.

Katanya, pelancaran Anak sebelum pilihanraya akan memberi ruang kebangkitan serta keberanian generasi kedua Felda yang mesti berani menuntut dan memperjuangkan hak mereka.

Beliau mensasarkan, menjelang PRU-13, seramai 500 anak muda bakal menjadi ahli Anak, ekoran tindakan berani 77 peneroka memfailkan saman ke atas Felda.

“Keberanian ini muncul apabila baru-baru ini seramai 77 Peneroka dari Felda kerteh 2/3 menyaman pihak Felda untuk menuntut hak mereka terhadap duit tanam semula yang dinafikan Felda,

“secara langsung ia merangsang keberanian generasi Felda untuk membuat perubahan termasuklah anak-anak muda,”katanya.