Tentera Israel membunuh empat penunjuk perasaan Palestin ketika demonstrasi berlaku di sempadan Gaza, kata kementerian kesihatan wilayah itu.
Adham Amara, 17, meninggal di kem protes di Gaza City, manakala Tamer Abu el-Khair, juga 17, mati di hospital selepas ditembak di bandar selatan Khan Younis, kata pihak berkuasa.
Seorang lagi remaja, Belal al-Najjar, 17, juga ditembak mati di lokasi protes, kata kementerian itu.
Kematian mereka beberapa jam selepas Mohammed Saad, 21, terbunuh dalam pertempuran semalaman kerana puluhan ribu rakyat Palestin menandai satu demonstrasi mingguan di sempadan.
Seorang pekerja hospital Gaza berkata, Saad adalah ahli “unit gangguan malam” yang sering membakar tayar, menyalakan lampu laser dan meletupkan bahan letupan untuk mengalihkan tentera dan mengganggu penduduk komuniti Israel.
Enam puluh empat penunjuk perasaan lain dilaporkan telah cedera dalam tembakan Israel kelmarin.










