Tiada Kemasukan RM90 Juta Ke Dalam Akaun PAS

1316

Saya mengucapkan terima kasih dan menghargai pengesahan yang dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM bahawa tiada kemasukan sejumlah RM90 juta ke dalam Akaun PAS daripada mana-mana pihak termasuk yang ditohmahkan daripada 1MDB.

2. Kenyataan ini sekaligus ‘membersihkan’ PAS daripada tuduhan fitnah yang tidak berasas selama ini, dan membuktikan komitmen PAS untuk memelihara prinsip integriti dan ketelusan yang tinggi.

3. Kepada pihak SPRM, semoga Allah memberikan kebaikan dan kekuatan yang berterusan agar dapat menjalankan tugas dengan penuh ikhlas dan profesional.

“Islam Memimpin”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 19 Jamadilakhir 1440 / 24 Februari 2019