

Setiausaha PAS Kawasan Hulu Terengganu, Haji Muyiddin Abd Razak berkata kerajaan khususnya Kemneterian Kesihatan Malaysia perlu sentiasa bersiap siaga dan mengemaskini maklumat berkaitan wabak atau penyakit yang telah melanda di negeri ini.
“Tindakan tegas dan cepat perlu diambil segera membendung penularan wabak Hepatitis A ini, memandangkan musim tengkujoh dan hujan dijangka turun dengan lebat,
“sekiranya banjir melanda, ramai yang menghadapi kesukaran untuk mempastikan kebersihan diri dan makan-minum, ia mungkin akan meningkatakan penyebaran wabak,”ujarnya ketika ditemui selepas melawat para pesakit wabak tersebut di Hospital Hulu Terengganu disini semalam.
Beliau bagaimana pun merasa kesal kerana menurutnya, beliau mendapat maklumat bahawa wabak yang sama telah menular di kawasan perkampungan orang asli Sungai Berua.
Namun, beliau musykil, mengapa virus tersebut tidak terkawal dan merebak ke kawasan kampung-kampung sekitar.
Bahkan, katanya, ada diantara mangsa wabak dari Kampung Basung yang telah mengalami ‘symptom’ Hepatitis A, dan merujuk kepada pihak hospital sebelum hari raya Eidul dhan lagi.
Turut sama dalam lawatan tersebut adalah Ketua Pemuda Hulu Terengganu, Ustaz Kamarizaman Abdullah dan Ketua Urusan Ulamak, Ustaz Soh (gambar)
>>kembali untuk berita lanjut>>>



























