35 Sekolah Rohingya Akan Dinaiktaraf

1590

Sebanyak 35 buah sekolah anak-anak pelarian Rohingya di kem-kem pelarian Kutupalong dan Balukhali, Cox’x Bazar akan dinaiktaraf.

Pengarah agensi bantuan PAS, PasRelief YB Haji Sanusi Md Nor berkata, sekolah-sekolah terbabit akan dibina baharu, didirikan menggunakan bata dan simen yang lebih kukuh.

“Satu kawasan yang besar perlu di cari dan boleh memuatkan banyak kelas pada satu lokasi.

“Idea ini adalah penambahbaikan daripada sekolah –sekolah PASRelief baru ini yang tidak mendapat ruang yang cukup.

“Jadi kita memilih mendirikan satu kelas di satu sekolah insya Allah dengan sumbangan yang berterusan kita akan mendirikan lebih banyak sekolah,’ jelasnya.

Beliau berkata demikian ketiika melawat kem oelarian tersebut pada Isnin 28 Januari.

Menurutnya antara sekolah tersebut ialah Madrasah Darul Iman yang dibangunkan dengan dana dikutip oleh PAS Terengganu.

Justeru itu ADUN PAS Kedah itu yakin, rakyat Malaysia yang akan terus menyumbang kepada tabung kemanusiaan PASRelief No Akaun 564070611352 di Maybank..

“Inshaa Allah ia adalah untuk melihat dan memajukan lagi pendidikan anak-anak muslim rohingya di kem pelarian ini,” tambah beliau.