Jabatan Amal Bantu Agih Bantuan Banjir

2804

Oleh : Abd Muhaimin

SETIU – Sembilan orang anggota Jabatan Amal DUN Permaisuri membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membantu mengagihkan barangan keperluan bekalan di 23 pusat pemindahan banjir.

Khidmat Malaysia Setiu Mohd Nor Hamid berkata, beliau arahan daripada Pejabat Penyelaras Permaisuri supaya mengerahkan anggota Jabatan Amal.

“Saya menerima panggilan dari Pegawai Pejabat Penyelaras meminta bantua proses pemunggahan barangan yang akan di agihkan ke pusat pemindahan

“dan saya mengarahkan Anggota Jabatan Amal untuk turun membantu proses tersebut pagi ini.” katanya

Sementara itu, Pegawai JKM Setiu Amizan Che Aziz berkata, barangan tersebut adalah sebagai persediaan awal seandainya pihak keselamatan terkandas akibat laluan tidak boleh di lalui kerana musibah banjir.

“Barang akan di hantar ke pusat operasi bekalan di lima mukin dalam daerah setiu melibatkan 23 pusat pemindahan di Dun Permaisuri. Barangan ini sebagai persiediaan awal bagi menghadapi banjir.

“Barang di agihkan adalah barang mentah untuk masakan, tikar dan selimut. Barangan ini akan di agihkan mengikut keperluan semasa di pusat pemindahan.” jelasnya.

Sehubungan itu, kata beliau, setiap pusat pemindahan akan diuruskan oleh beberapa pegawai termasuk wakil JKM, MPKK dan bantuan sukarelawan dari Khidmat Malaysia Permaisuri serta Unit Amal.

Turut hadir menghulurkan khidmat sukarelawan pagi ini Pegawai Khas Penyelaras Dun Permaisuri, Arman Nulamir Wahab