Terengganu, Malaysia

Prihatin Tidak Terhenti Dengan Pemberian Bantuan

Prihatin Tidak Terhenti Dengan Pemberian Bantuan

KUALA TERENGGANU – Keprihatinan terhadap penduduk yang berdepan ujian kesihatan tidak seharusnya terhenti dengan pemberian bantuan semata-mata, sebaliknya perhatian, kata-kata semangat dan doa juga menjadi antara sokongan penting buat mereka.

Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Terengganu, YB Maliaman Kassim berkata, meskipun kehadiran seseorang mungkin tidak mampu menghilangkan kesakitan yang ditanggung pesakit, namun kunjungan dan perhatian yang diberikan diharap dapat menghadirkan senyuman serta menguatkan semangat mereka.

Menurutnya, ziarah pesakit bukan sekadar bertanya khabar, tetapi membawa mesej bahawa golongan yang sedang diuji tidak dilupakan dan sentiasa berada dalam ingatan masyarakat.

“Hari ini, warga kerja Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Ajil meneruskan kunjungan ziarah ke beberapa buah rumah di Taman Pulai Api dan Kampung Bukit Ara.

“Ziarah ini bukan sekadar bertanya khabar, tetapi tanda ingatan dan keprihatinan bahawa mereka sentiasa ada dalam perhatian kita,” jelasnya dalam laman sosial rasminya hari in8.

Beliau turut mendoakan agar setiap penduduk yang sedang diuji dengan kesakitan dikurniakan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan serta diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian.

Katanya, amalan mengambil berat terhadap keadaan masyarakat perlu terus dipupuk sebagai usaha mengeratkan hubungan sesama penduduk dan menyemai nilai kasih sayang dalam komuniti.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan