PH Tunjuk ‘Belang Sebenar’

8427

KUALA TERENGGANU – Keputusan Kerajaan mahu meratifikasi International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) menunjukkan sikap sebenar Pakatan Harapan terhadap teras utama Perlembagaan Pesekutuan.

Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia membuka pintu untuk asas-asas bernegara menjadi bahan pertikaian segelintir rakyat dan akhirnya dihapuskan.

“Ratifikasi ini membelakangkan kedudukan dan peranan Raja-raja Melayu, agama Islam dan orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak yang telah diterima keistimewaannya sejak dahulu dan menjadi asas penubuhan negara ini yang menjamin keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.

“Usaha ini juga menunjukkan PH yang didominasi oleh Ahli Parlimen bukan Islam semakin berani bergerak lebih jauh dengan membuka laluan bagi membolehkan pindaan peruntukan-peruntukan teras dalam Perlembagaan Persekutuan ini dibuat sekaligus menghilangkan keistimewaannya,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyatan yang dikeluarkan hari ini Rabu, 31 Oktober.

Oleh itu katanya, Ia juga membenarkan kawalan dan meningkatkan tekanan antarabangsa ke atas negara ini.

Ia juga kata beliau, adalah suatu ancaman terhadap keistimewaan Islam, keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera sehingga boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

“Kerajaan mesti menolak ratifikasi ICERD ini dan konvensyen-konvensyen lain yang tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan bercanggah dengan agama Islam serta tidak sesuai dengan sosio-budaya masyarakat negara ini,” tambah beliau.

Justeru beliau mendesak supaya Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (National Human Rights Action Plan, NHRAP) yang dirangka oleh Kerajaan sama ada menerusi SUHAKAM atau perunding lain selepas ini.

“mestilah melibatkan semua pihak berkepentingan dan dirujuk dahulu kepada para ulamak dan cendikiawan Islam sebelum ia dijadikan dokumen dasar rasmi Kerajaan,” tegasnya lagi