KUALA TERENGGANU – Sehingga kini, tidak ada maklumat secara rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri yang yang menyenarai hitamkan dan tidak membenarkan mana-nama penceramah menyampaikan syarahan ugama.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakeah dan Penerangan, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, sekatan yang dikenakan kepada Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin (MAZA), adalah pada tahun 2016.
“itu tahun 2016….kami menyerahkan kepada pihak yang ‘berotoriti’ khususnya (Majlis Agama Dan Adat Istiadat Melayu Terengganu) MAIDAM dan jawatankuasa yang ada dibawahnya termmasuk Jabatan Mufti,
“untuk melihat dan memutuskan sesuatu perkara….sehimgga hari ini, saya tak ada maklumat tentang ‘black list’ yang baru, yang dibuay (dikeluarkan),” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada Muzakarah Perundangan Islan Negeri Terengganu 2018 pada semakam Khamis, 18 Oktober, di Wisma Darul Iman.
Katanya, kerajaan negeri Terengganu sentiasa terbuka pada menentukan perkara tersebut berdasarkan keadaan semasa dan suasana yang ada.
Walaupun begitu, kata beliau, kerajaan negeri menyerahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAT) negeri bagi memutuskannya.
“kerana sudah tentu mereka buat penyeliidikan, siasatan terhadap sesiapa sahaja….bukan sahaja Dr MAZA bahkan sesiapa sahaja,
“untuk memastikan berlakunya kesatuan pemikiran dan kefahaman rakyat dan tidak timbul kecelaruan dalam pemikiran (rakyat),” tegasnya.
Justeru katanya, sesuatu keputusan yang dibuat boleh dinilai semula oleh pihak yang berwajib atas pertimbangan yang bertanggungjawab.
“kita tidak mahu campur tangab dan kita yakin ketentuan yang dibuat ada alasan mereka sendiri dan ketetapan mereka sendiri,” ujar beliau











