Terengganu, Malaysia

Imran Khan Pedana Menteri Pakistan Yang Baharu

Imran paling kiri

Parlimen Pakistan telah memilih Imran Khan sebagai Perdana Menteri selepas partinya menang besar pada pemilihan umum bulan lalu.

Bekas bintang sukan kriket Pakistan itu bersumpah, untuk membawa era akauntabiliti dan kemakmuran ke negara Asia Selatan tersebut.

Ahli-ahli Majlis Nasional mengundi di ibu kota, Islamabad, pada hari Jumaat untuk Khan dilantik sebagai ‘ketua rumah’, menjadikannya ketua negara Pakistan.

Khan memperoleh 176 undi, menewaskan Shehbaz Sharif, Presiden Parti Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N), yang mendapat 96 sokongan.

Sehubungan itu, Khan turut bersumpah pada hari Sabtu, akan membentuk kabinet dan mengambil alih kawalan kerajaan pada hari-hari akan datang.

“Di negara ini, sebelum segala-galanya, kita harus memastikan ada akauntabiliti,” kata Khan, dalam ucapan selepas undi di parlimen.

“Mereka yang menjarah negara ini dan berhutang dengannya, saya berjanji pada hari ini bahawa tiada siapa yang akan melarikan diri,” tambah beliau.

Sejak bersara dari arena sukan pada tahun 1992, ahli politik pembangkang yang lama itu mengambil kekuasaan untuk kali pertama dalam kerjaya beliau setelah berjuang 22 tahun.

Dalam ucapannya, Khan mengalu-alukan sebarang siasatan mengenai keputusan pilihan raya, dengan tegas mengatakan, beliau akan menyokong proses itu.

Beliau juga komited untuk memberi kuasa parlimen, dan menghadiri sekurang-kurangnya dua kali sebulan untuk menjawab soalan-soalan ahli parlimen yang lain.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan