Rumah ‘Keringat Sawit’ Sahlan

1300

BANDARAYA MATARAM – Sahlan bin Napian, sekitar 30-an pernah mengadu nasib ke Malaysia, mencari rezeki dan menyimpan untuk masa depannya.

Beliau pernah bekerja di sebuah lading sawit di Segamat, Hohor, antara tahun 2005 sehingga 2007 dan berjaya menghimpun sejumlah wang.

Dari hasil titik peluhnya itu dan menyimpannya sedikit demi sedikit, akhirnya beliau Berjaya mendirikan sebuah rumuah di Desa Lenggorong, Kabupaten Lombok Utara.

“tahun 2005 dan awal 2007 sudah pulang disini, balik ke negara, dua tahun lah kira-kira di Malaysia,
“berjaya dikumpulkan (sebanyak) Rp 30 juta satu tahun, balik buat rumah (sekitar harga)…….waktu itu sekitar Rp20 juta,” jelas beliau sedih ketika ditemui pada Sabtu, 11 Ogos.

Gempa bumi dengan kekuatan 7 pada Skala Richter (SR), telah menggoncang kawasan Lombok Utara, Nusa Tenggara Barat (NTB), menyebabkan ratusan terkorban.

Pusat gempa itu sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Badan Meteorologi, Klimatologi, Dan Geofisika (BMKG) Indinesia , pusat gempa itu dalah di lereng gunung Rinjani, tidak jauh dari rumah Sahlan.

Ratusan ribuan warga seluruh Lombok bermula dari perbatasan Lombok Barat, Timur dan Utara, mengalami kederaan dan masih trauma serta kebingungan akibat kejadian dahsyat berlaku pada 5 Ogos yang lalu.

‘Rumah impian’ Sahlan adalah diantara ratusan ribu bangunan yang pada pandangan luarnya kelihatan masih selamat namun keretakan dalaman yang banyak terjadi, memberikan satu pilihan sahaja .

Ia harus dirobohkan dan di dirikan baharu.

“saya tinggal bersama isteri dan seorang anak, merasa sedih lah, (tapi) nak dikatakan, sudah takdir dari Tuhan,

“kita mau cakap apa lagi, tak boleh cakap apa lagi (apabia ia berlaku,” ujarnya menahan rasa.

Sejak 23hb Jun 2018, sebanyak 60 gempa yang dikesan berlaku dengan kekuatan diantara 5.0 SR sehingga 6.5 SR melanda Pulau Lombok yang digelar ‘Pulau Seribu Masjid’

Justeru Sahlan mengucapkan terima kepada Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) yang menyampaikan sedikit sumbangan bagi mengurangkan beban berat kehidupan yang ditanggungnya.

Kedatangan rombongan empat orang anggota NGO media dari negeri Terengganu itu adalah bertindak selaku peninjau , bagi melihat dan melaporkan kejadian, selain mengagihkan sedikitb bantuan.

Sahlan turut menyeru agar warga Lombok yang berada bekerja di Malaysia agar menylurkan bantuan kepada keluarga masing-masing bagi membina kembali kehidupan yang terjejas teruk.

“Terima kasih dan kami berharap dari warga negara Indonesia yang berada di Malaysia, saya mohon simpati dari kawan Tenaga Kerja Inddoesia (TKI) yang ada di negara Malaysia, atas musibah yang melanda kami,

“yang berada di negara Indonesia terutama dan pada khususnya yang ada di Desa Sambil Elen, Dusun Longgoron, Kecamatan Bayan, Kabupaten Lombok Utara,

“dan saya harap juga, mohon simpati dari team warga Malaysia ataupun dari rakan-rakan team KAMI Media, saya ucapakan banyak-banyak terima kasih atas ‘partisipasinya’ mungkin (akan datang), sekian dan terima kasih,” katanya terharu.