Kali Pertama Gas Mesir Disalurkan Ke Gaza

1416

Mesir telah membenarkan penghantaran gas domestik ke Semenanjung Gaza yang dikepung, buat kali pertama, menurut seorang pegawai Palestin pada hari Ahad.

“Sebanyak 250 tan gas domestik telah dibenarkan masuk ke Gaza,” kata ketua Badan Penguasa Petroleum Khalil Shakfa, kepada Anadolu Agency.

Pegawai itu berkata bahawa langkah itu dibuat sebagai percubaan sebelum membenarkan gas domestik mengalir ke jalur Gaza setiap hari.

Beliau berkata penghantaran gas dibenarkan masuk ke sempadan sempadan Rafah, kawasan antara Gaza dan Semenanjung Sinai Mesir.

Israel telah menutup pintu sempadan Kerem Shalom, titik akses komersil tunggal Gaza, sebagai langkah menghukum peluncuran belon yang menyerang negara zionis itu.

Aktivis Palestin dari daerah tepi pantai telah melancar senjata tersebut ke Israel menyebabkab rejim melarang semua penghantaran kecuali makanan dan ubat.

Sejak tahun 2007, Jalur Gaza telah mengalami pelbagai sekatan di bawah sekatan Israel yang melumpuhkan dan terus menghalangi penghuninya memperolehi banyak komoditi penting, termasuk makanan, bahan bakar, perubatan dan bahan binaan.