Percepatkan Perkembangan Taman Bersepadu Herba Pasir Raja

4999

Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN – Kerajaan harus mempercepatkan perkembangan tanaman Herba Bersepadu Bioalpha kerana ia bakal memenyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan peluang ekonomi penduduk setempat.

Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pada masa sekarang lebih 50 orang penduduk daripada komuniti sekitar yang berdekatan telah diambil untuk bekerja di situ.

Antaranya, menuurut beliau, mereka berkhidmat sebagai kerani dan penjaga tapak semaian serta penanam herba.

“Bioalpha menawarkan banyak jawatan kosong kepada wanita merupakan suri rumahtangga juga dapat menyumbang tenaga demi meningkatkan pendapatan isi rumah masing-masing,

“dan tidak kurang daripada 10 wanita yang telah bekeluarga telah diambil bekerja ditaman herba pada masa ini dan bilangan tersebut akan terus meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pada Majlis Perasmian Herba Integrasi Pasir Raja pada Ahad, 22 Julai.

Katanya, melalui program ini seramai 32 orang peladang satelit telah dilantik bagi mempertingkatkan kapasiti hasil tanam dan kualiti para peladang akan dinaik tarafkan.

“Pengusahaan HICD ini akan mencipta lebih banyak lagi jawatan kosong untuk lebih daripada 200 individu selepas taman herba tersebut siap dibangunkan,

“dan ianya akan dapat membantu menurunkan kadar pengganguran dalam negeri,

“serta para peladang akan berpeluang untuk menjadi usahawan tani yang berjaya pada masa akan datang dan seterusnya membangunkan lagi ekonomi negara ini,” ujarnya.

Menurutnya, menyatakan ianya adalah satu kebanggaan Negeri Terengganu kerana ekonomi akan bertambah baik diatas dokongan dari kedua-dua kalangan lelaki dan wanita.

“Program Penanaman Herba ini ialah program melalui ECERDC yang telah melantik Syarikat Bioalpha iaitu sebuah syarikat pembuatan produk suplemen kesihatan,

“dan pada masa ini lebih daripada 20 jenis tanaman herba Tradisional Malaysia telah ditanam seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, Hempedu Bumi, Dukung Anak, Pecah Beling dan Mas cotek,” jelasnya.

Sultan Terengganu, Mizan Zainal Abidin, telah mencemar duli mudik ke hulu Dungun bagi merasmikan Herba Integrasi di kampung pedalaman Pasir Raja Hulu Dungun