Tahniah Kepada Bakal Haji Tahun 2018

2461

Oleh : Rohayati Ripin (RR)

SETIU – Kepimpinan PAS Negeri Terengganu mengucapkan tahniah kepada bakal haji yang telah dipilih untuk menjadi tetamu Allah pada tahun 2018 yang akan berangkat secara berperingkat menuju ke tanah suci Mekah.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Dr Azman Ibrahim berkata, beliau mendoakan semoga semua bakal haji selamat pergi dan balik dan mendapat haji yang mabrur.

“Para haji dinasihatkan agar jaga kesihatan kerana di Timur tengah pada bulan Julai dan Ogos berada dalam suasana yang panas,

“dan banyakkan minum air mudah-mudahan Allah kurniakan kesihatan serta dapat melakukan ibadat dengan sebaik mungkin dan insyaallah selamat kembali semula ke tanah air,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika di temui pihak media semasa menziarahi beberapa orang bakal Haji pada Jumaat, 6 julai.

Katanya, bagi keluarga yang di tinggalkan semoga dipermudahkan urusan sepanjang ketiadaan orang yang di sayangi menunaikan haji yang telah diperintahkan oleh Allah SWT bagi yang berkemampuan.

Sehubungan dengan itu, seorang jemaah haji Mariam Abu Bakar berkata, beliau merasa gembira kerana dipilih pada tahun ini menjadi tetamu Allah setelah sepuluh tahun menunggu panggilan tersebut.

“Harapan saya semoga selamat pergi dan kembali serta sihat sejahtera ketika berada di sana,” ujarnya.