PM 307 Bertam : Maruah Rakyat Digadai Oleh Pemimpin Umno Terengganu ?

3514

Seluruh rakyat Terengganu kehilangan maruah dan kedaulatan negeri apabila Petroleum telah dijumpai di medan PM307 BERTAM dalam perairan Negeri Terengganu, di serahkan kepada negeri Pahang.

Kronologi peristiwa yang menyayat hati itu adalah seperti berikut;

30 okt 2012 – PM, Dato Seri Najib mengumumkan bahawa Pahang dijangka menerima royalti sebanyak RM100 juta pada tahun 2014.

10 dis 2012 – Mantan MB Terengganu, Dato Seri Ahmad Said menegaskan dalam DUN bahawa Kerajaan Terengganu menerima surat rasmi daripada Syarikat carigali iaitu Lundin Oil. Geofizikal blok PM307 berada di kawasan Terengganu.

Sept 2013 – Petronas memberi kelulusan untuk Rancangan Pembangunan Lapangan Bertam.

5 April 2015 – Permulaan carigali pertama.

5 Ogos 2016 – MB, Dato Seri Ahmad Razif, berkata : “Macam mana saya nak tandatangan sedangkan Bertam itu sendiri bukan diiktiraf sebagai hak kerajaan negeri kerana kedudukannya melebihi tiga batu nautika dan menjadi kepunyaan Kerajaan Pusat.”

12 Dis 2017 – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu diberitahu oleh MB, Dato Seri Ahmad Razif keputusan status telaga minyak Bertam milik Terengganu atau Pahang hanya akan diketahui Januari 2018.

Telah ‘terang lagi bersuluh’ surat daripada Lundin Oil membuktikan kedudukan telaga minyak itu adalah milik rakyat Terengganu, namun kerana pemimpin Umno yang tiada jati diri menyebabkan lebih 1,183,900 orang rakyat tidak dapat mengecapi hasil bumi anugerah Allah itu.

Sejak beroperasi hampir tahun lalu hasil pengeluaran daripada blok itu, anggaran royalti yang sepatutnya diperolehi oleh negeri Terengganu ialah seperti berikut :

Bermula April 2015 – RM61.5 juta.
2016 – RM82 juta.
2017 – RM82 juta.

Anggaran kasar ini adalah berdasarkan pengeluaran bulanan pada setiap bulan sbanyak 300,000 bbls.

Tetapi, ke mana hasil royalti ini ?

Di mana maruah rakyat Terengganu ? Di mana kedaulatan Negeri Terengganu ?.

Marilah kita tunjuk maruah dan keutuhan serta kedaulatan negeri kita dengan menjatuhkan BN dalam Pilihan raya kali!

USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan PAS Terengganu.
2 syaaban 1439H / 19 april 2018