Saya mengucapkan terima kasih kepada muslimin muslimat yang hadir kerana ingin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di sekeliling kita. Sebelum itu, saya perkenalkan sedikit diri saya untuk tanda kenang-kenangan, saya pernah berkhidmat di Kemaman pada tahun 1995-1997 sebagai Ketua Penolong Pentadbir Tanah dan selepas itu sebagai Penolong Pegawai Daerah Kemaman.
Saya datang semula ke Kemaman pada tahun 2003, menjadi Pegawai Daerah Kemaman. Selepas daripada itu, saya pernah pergi ke Daerah-Daerah lain dan akhir sekali perkhidmatan saya sebelum bersara ialah sebagai Pegawai Tanah Galian Negeri Terengganu, jawatan ketiga tertinggi dalam Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu.
Mungkin juga muslimin muslimat ingin mengtahui kenapa saya tidak mengikut ataupun mencari jalan lain kenapa tidak pergi kepada UMNO Barisan Nasional (BN), Bersatu ataupun Keadilan. Saya mencari yang terbaik di kalangan yang baik baik.
Ada yang nak cari yang buruk di kalangan baik? Yang buruk buruk itu kita tak perlu sebut. Tuan tuan merupakan orang yang terbaik di kalangan yang baik baik sebab kita bersaudara, kalau kita ‘cara’ masalah orang memang kita sebenarnya lebih buruk daripada mereka lagi.


Tetapi apabila sahaja naiknya Perdana Menteri yang ada sekarang ini, dilantiknya Isa Samad. Isa Samad ini bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan masa dia menjadi Menteri besar wabak babi itu, kebetulan masa itu dia pun terlibat sama dengan hal ternakan babi itu. Ada dia luluskan masa jadi Menteri Besar, jadi kalau babi pun boleh lulus. Kalau manusia nak jadi baik, saya rasa susah.
Sebab itu, semasa pemerintahan ataupun semasa dipegang oleh Isa Samad bermacam-macam kerenah dibuat dan mangsanya ialah peserta Felda. Bukan salah kami, orang yang bagi sokongan kepada BN itu yang buat salah. Sebabm sesuatu kejahatan itu tidak diturunkan oleh Allah selagi manusia memilih pemimpin yang baik. Contohnya, siapa pilih ketua perompak? Tok Iman, Tok Bilal, Mufti? Mesti dipilih oleh puak perompak. Lojik dia begitu.
Dari hal-hal begini, kita lihat bahawa dalam negara kita berbagai-bagi isu yang dipertikaikan, semua tak mengaku. Tak munasabah…. ada ke orang boleh bagi duit RM2.6 Billion sebelum kita tak kenal batang hidung, munasabah tak?


Anak anak kita belajar tinggi, mereka boleh fikir dan ada kemudahan internet semua takkan kita tak boleh tengok. Ada antara kita, belajar ilmu tajwid, apa guan belajar ilmu tajwid, mim mati, nun mati, itu merupakan ilmu guna dia semasa baca al-Quran. Jika sekiranya, kita tak menggunakan ilmu yang kita ada, buat pemilihan yang tidak betul sudah tentu kita lebih kurang sama dengan orang yang tepi jalan, jalan tak tahu arah tuju.
Apakah nilai manusia begitu? Sebab itu saya memilih yang terbaik dalam kalangan baik. Saya menjadi ahli kepada PAS. Walaupun rambut saya dah putih, umur dah 64 tahun, saya dah ada pencen cukup makan. Tapi oleh kerana amanah saya kepada Allah. Semasa saya berkhidmat dulu, saya berkhidmat sebaik mungkin.
Saya pernah berkhidmat di bawah BN, di bawah PAS, sehingga saya pencen hingga saya menjadi pegawai daerah di Besut, salah seorang anggota Dewan Undangan Negeri PAS mahu menolak permohonan tanah orang dan dipanggil. (Jerteh) sebenarnya dinyatakan dasar yang dibuat oleh kerajaan negeri bukan untuk orang PAS, dibuat untuk orang negeri Terengganu.
Tak kira apa fahaman politik dia, hak dia kena bagi. Berbeza dengan BN, JKKK yang akan periksa orang kita ke tidak, kalau bukan orang kita minta maaf, (permohonan) ditolak.
***Ucapan penuh Dato’ Tuan Mamat Tuan Ngah, Mantan Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Terengganu, ketika mengisytiharkan dirinya menyertai PAS pada Ceramah HARAP-PGU 3.0 Edisi Felda di Dataran Ketengah Jaya, 7 April, 2018



























