Negeri Kaya Tapi Mahasiswa Terengganu Susah, Terbeban Hutang

2745

Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri Terengganu dalam tempoh pemerintahan 3 Menteri Besar daripada Barisan Nasional seperti berikut :

2005 – 1.12 B
2006 – 1.37 B
2007 – 1.54 B
2008 – 1.79 B
2009 – 1.78 B
2010 – 1.69 B
2011 – 2.04 B
2012 – 2.39 B
2013 – 2.47 B
2014 – 2.74 B
2015 – 2.35 B
2016 – 1.86 B
2017 – 1.86 B

Jumlah perbelanjaan mengurus dalam tempoh 13 tahun sebanyak RM 25,000,000,000 juta (25B). Ini tidak termasuk perbelanjaan pembangunan.

Jumlah perbelanjaan ini menggambarkan kekayaan Negeri Terengganu.Tapi sayang, walaupun perbelanjaan sangat besar pada setiap tahun tapi pembiayaian untuk mahasiswa anak Terengganu untuk melanjutkan pengajian tinggi Dalam dan Luar Negeri berkurangan.

Laporan Tahunan dan Kewangan Yayasan Terengganu 2016 mendedahkan bahawa tiada pembiayaaan pinjaman pelajaran daripada Yayasan Terengganu di IPTA untuk Ijazah pertama bermula 2015 sehingga 2016. Adapun biasiswa/pinjaman Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu hanya mampu dikecapi oleh beberapa pelajar sahaja seperti berikut :

*PERGIGIAN/PERUBATAN
JORDAN*
2015 – 3 pelajar.

PERUBATAN INDONESIA
2015 – 29 pelajar.
2016 – 15 pelajar.

PENGAJIAN ISLAM JORDAN
2015 – 9

PINJAMAN ‘ONE OFF’ PERUBATAN MESIR
*2016 – 19 pelajar.

IJAZAH NOTTINGHAM
2015 – 11 pelajar.
2016 – 8 pelajar.

IJAZAH KEJURUTERAAN (JERMAN)
2015 – 4 pelajar.
2016 – 3 pelajar.
2017 – 5 pelajar.

Mahasiswa anak Terengganu dalam negeri terbeban dengan pinjaman PTPTN, walaupun mereka sewajarnya memperolehi biasiswa daripada negeri Terengganu yang kaya dengan hasil petroleum. Manakala mahasiswa anak Terengganu di Luar Negara hanya mengharapkan bantuan zakat sekali setahun daripada MAIDAM.

Ia membuktikan Kerajaan Terengganu bawah BN tidak lagi prihatin dan serius untuk meningkatkan, memaju dan memperkembangkan peluang-peluang pengajian untuk pelajar rakyat Terengganu.

YB USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan PAS Terengganu.
20 rejab 1439H / 7 april 2018