

SETIU – Rakyat negeri ini tertanya-tanya, dimanakah hasil kajian ‘Ubi Gadung’ dengan peruntukan sebanyak RM2 juta yang telah diberikan oleh kerajaan negeri kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSza) kira-kira 10 tahun yang lalu.
Begitu juga penduduk setempat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, mengharapkan peluang perniagaan dan pekerjaan daripada perlaksanaan projek ubi tersebut.
Ketua Pemuda PAS DUN tersebut Ustaz Shafizi Ismail berkata, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) ketika diterajui oleh Dato’ Seri Ahmad Said, pernah datang ke kampung Bukit Wan dan memberikan peruntukan sebanyak RM20,000.00
”saya datang sini untuk melihat yang mana dulu disebut-sebut diadakan projek Ubi Gadung, kerajaan telah mengeluarkan peruntukan kepada UniSza untuk buat kajian,


“dan selepas itu kita dengar diberikan peruntukan kepada JKKK Bukit Nenasi dan Bukit Wan untuk tanam (ubi itu) dan beli mesin (untuk proses),” ujarnya.
Katanya, beliau mendapat maklumat ia akan di tanam di kawasan pertanian kampung terbabit dan mahu meninjau perkembangannya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di kampung Bukit Wan pada Rabu, 4 April.


”Tetapi kita dapati sehingga hari ini masih belum ada lagi dan kita tengok sekarang ini pun tanam benda (tanaman) lain bukan Ubi Gadung!
“adakah dia (projek) masih berjalan atau pun berhenti apabila hilangnya Ahmad Said? persoalan yang besar dikalangan penduduk setempat, adakah projek itu telah dibatalkan ataupun masih ada? Kalau ada di mana ia sebenarnya?,” soal beliau.
Sehubungan itu, seorang penduduk Mohd Adli Ngah, 31, masih ingat ketika Ahmad Said datang ke kampungnya tjdak berapa lama dahulu.


“saya sebagai penduduk Bukit Nenasi ada dengar juga tentang projek ubi gadung beberapa tahun yang lepas,
“MB datang ke kampung saya untuk melaksanakan……menyuruh orang kampung membuat projek ubi gadung yang diberi peruntukan RM20 ribu,
“sesudah dana yang diberi….. jadi projek tu tak tahu ke mana, beli mesin….dan mesin itu hilang entah ke mana dan ubi gadung pun tak tahu ke mana,” kata be!iau.
Oleh itu katanya, sebagai warga kampung, beliau merasa amat dukacita di atas perbelanjaan yang begitu banyak.
“jadi projek itu tak jalan duit membazir begitu saja….saya harap kerajaan yang akan datang (dapat) buat satu penambahbaikan tentang projek itu,


“boleh beri manfaat penduduk sekitar dan seluruh Batu Rakit,” jelasnya.
Manakala seorang warga emas, Ramli Mohamad, 61, tidak pernah mengetahui tentang dakwaan bahawa spesis ubi tersebut boleh dijadikan ubat-ubatan.
”dia ada dua jenis….jenis pulut dan jenis jemah, orang kampung sejak dulu tahu ubi ni hanya untuk makan sahaja,
”buat ubat-ubat kita tak tahu…..ada yang kata ubi ni untuk membesarkan ‘payudara’, tapi orang dulu-dulu tahu untuk makan sahaja,” kata beliau.


”Jadi saya rasa isu ini kerajaan kena ambil tanggungjawab dan satu tindakan keatas apa yang berlaku supaya semua rakyat dapat manfaat,
“hasil kajian daripada UniSza yang diminta oleh MB…..walau pun sudah bertukar, perlu dijelaskan oleh kerajaan Umno dan BN sekarang,
“dimana hasil kajian penuh yang didakwa ubi gadung ini boleh buat alat kosmetik dan memang rakyat nak tengok kalau betul-betul kerajaan serius dalam perkara ini,” tambah beliau.




























