214 Serangan Senjata Kimia Di Syria Sejak 2011

2588

Tentera rejim Syria telah melakukan 214 serangan kimia terhadap pejuang pembebasan negara sejak 2011.

Menurut pemerhati perang Rangkaian Syria untuk Hak Asasi Manusia (SNHR) ia telah mengorbankan sekurang-kurangnya 1,421 orang.

Dalam satu kenyataan pada hari Rabu, NGO tersebut mendedahkan, Seramai 187 kanak-kanak dan 244 wanita adalah antara mangsa senjata beracun itu.

Laporan itu telah dikeluarkan pada ulang tahun pertama serangan kimia rejim Bashar di bandar Khan Sheikhoun di wilayah barat laut Idlib, pada bulan ini tahun lepas,

Dalam kejadian itu, lebih daripada 100 orang terbunuh dan beratus-ratus cedera. 

Rejim Syria juga telah melakukan 11 serangan kimia sejak tragedi di Khan Sheikhoun. 

Tahun lalu, panel penyiasatan PBB telah menyimpulkan bahawa pasukan rejim bertanggungjawab atas serangan gas sarin di Khan Sheikhoun. 

Syria telah ‘terkunci’ dalam perang saudara yang dahsyat sejak Mac 2011, ketika rejim Bashar al-Assad memecah protes pro-demokrasi dengan keganasan.
 
Pegawai PBB mengatakan beratus-ratus ribu rakyat terbunuh dalam konflik itu.

Dalam perkembangan yang sama, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF menggesa tindakan antarabangsa sebagai tindak balas terhadap bahaya letupan di Syria.

Sekurang-kurangnya 910 kanak-kanak dibunuh oleh alat letupan pada 2017.

“Lebih 8 juta orang terdedah kepada bahaya letupan di Syria, termasuk lebih dari 3 juta kanak-kanak,” kata WHO dan UNICEF dalam satu kenyataan bersama Rabu.

Sekurang-kurangnya 910 kanak-kanak dibunuh dan 361 kanak-kanak diserang di Syria pada tahun 2017, termasuk oleh sisa-sisa bahan letupan perang dan peralatan peledak.

Manakala, 1,000 kanak-kanak dilaporkan terbunuh atau cedera dalam kegiatan keganasan dalam tempoh dua bulan pertama 2018 sahaja, kata mereka.

Mengulas mengenai keadaan di bandar Raqqah di mana kira-kira 200,000 orang telah kembali sejak Oktober lalu, kenyataan itu berkata: “Keluarga-keluarga ini mempunyai risiko besar untuk dibunuh atau diserang oleh bahaya letupan yang ditinggalkan di bandar itu.”

Sekurang-kurangnya 658 orang dilaporkan cedera dan lebih daripada 130 terbunuh oleh ranjau darat, perangkap ‘booby’ dan perisai bom di bandar Raqqah dari 20 Oktober 2017 hingga 23 Februari 2018, kata kenyataan itu.