Israel Cuba Menakut-nakutkan Warga Palestin Menjelang ‘Great March Return’

2050

Serangan tentera Israel terhadap kemudahan bawah tanah Hamas di Semenanjung Gaza disifatkan sebagai usaha rejim menakut-nakutkan warga di wilayah itu.

Sehubungan itu, Hamas menyeru agar seluruh warga Palestin meneruskan protes dengan ‘Perarakan Kembali Ke Tanah Air’ yang di rancang pada ‘Hari Tanah’ 30 Mac, sehingga ‘Hari Nakba’ 15 Mei.

”Israel cuba menakut-nakutkan rakyat dengan tujuan menghancurkan protes yang dirancang di sepanjang sempadan bermula akhir bulan ini.

”Peningkatan serangan Israel yang berterusan menghasut penduduknya untuk melemahkan ‘Perarakan Kepulangan Besar’ (Great March Return),” kata Jurucakap Hamas, Fawzy Barhoum.

Beliau menegaskan Rejim penakluk itu akanmenanggung semua akibat daripada serangan tersebut dari warga Palestin.

Fawzy berkata demikian sebagai tindak balas terhadap Ketegangan di sepanjang sempadan antara Gaza dan Israel.

Menurutnya, serangan rejim meningkat dalam beberapa hari kebelakangan ini, dengan tentera Israel melakukan serangan udara pada hari Ahad.

Pelbagai pihak di dalam Palesti dan antarabangsa sedang membuat persiapan untuk perarakan ‘mega’ ke sempadan Israel yangjuga dinamakan sebagai ‘perarakan kembali yang hebat’.

Bermula pada 30 Mac, warga Palestin merancang untuk mendirikan beratus-ratus khemah berhampiran sempadan Israel yang akan berlansung selama enam minggu.