Gagal Urus Taman Ilmu Dapat RM40 Juta

3948

Petang ini dijemput semua untuk BONGKAR ISU TAMAN ILMU. Beberapa siri bongkar isu Taman Ilmu boleh dipastikan kebenarannya dengan kehadiran semua yang mahu mencari kebenaran di tapak Taman Ilmu.

Kerajaan Negeri telah menyerahkan kepada Syarikat POSC Ti Sdn Bhd untuk mengurus dan memajukan Taman Ilmu. Persoalannya, berapakah kos yang telah dibelanjakan sebagai bayaran mengurus kepada Syarikat POSC TI bermula ia beroperasi sehingga ia ditamatkan ?.

Apakah usaha yang telah dilakukan oleh POSC TI sepanjang peranannya dalam mengurus dan memajukan Taman Ilmu ? Julai 2013 – Syarikat POSC TI Sdn Bhd dan Razeedland Plaza Sdn Bhd dari Brunei, memeterai kerjasama untuk melabur RM4 bilion bagi melaksanakan projek pembangunan Fasa 2 dan 3 Taman Ilmu Terengganu (TIT), di Besut dalam tempoh empat tahun.

MANA JANJI INI ?

Dikatakan bahawa Projek itu dijangka bermula bulan OGOS 2013, membabitkan pembinaan enam universiti dan kemudahan asrama dengan keupayaan antara 30,000 hingga 50,000 orang.

MANA JANJI INI ?

POSC Ti Sdn Bhd memaklumkan bahawa universiti yang beroperasi di TIT adalah dari China, Jepun, Korea, New Zealand, Eropah dan Amerika Syarikat (AS) yang akan membuka cawangan mereka di sini dengan sekurang-kurangnya sebuah universiti dijangka mula beroperasi pada September 2013 atau Januari tahun 2014.

MANA JANJI INI?

Mana janji-janji yang ditaburkan untuk menyeronokkan telinga rakyat ini sehingga kini ? Adakah ini satu penipuan atau khayalan ?

Syarikat POSC TI telah saman Kerajaan Negeri atas penamatan kontraknya tetapi ia diselesaikan dengan bayaran RM 40 juta kepada POSC TI. Adakah Kerajaan Negeri berbaloi dengan bayaran ini ?

PAS tidak pernah membantah dan menolak pembangunan, khususnya pembangunan pendidikan dan segala prasarana dalam memajukan sistem pendidikan di setiap peringkat. Demikian juga, PAS tidak menolak keutamaan dan kepentingan Hub Pendidikan di Negeri Terengganu tetapi projek Taman Ilmu dibangunkan dengan pengurusan yang tidak cekap dan tidak amanah sehingga ia mengakibatkan pembaziran wang rakyat.

PAS menawarkan penyelesaian yang sejahtera dan amanah kepada rakyat, jika rakyat menyerahkan mandat untuk memerintah dan mentadbir negeri Terengganu pada PRU 14.

1- Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan untuk buat kajian terhadap kegagalan ini.

2- Tawaran untuk mewujudkan institusi pengajian tinggi bagi menggantikan KUSZA.

3- Merancang untuk menarik pelabur-pelabur untuk menubuhkan institusi pengajian tinggi di Taman Ilmu.

YB USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan PAS Terengganu.
14 Jamadil Akhir 1439H / 2 mac 2018
JUMAAT