Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani telah mengarahkan bantuan segera bernilai QR33 jita ($ 9 juta) untuk memastikan beberapa hospital dan klinik yang kehabiasan bekalan api di Semenanjung Gaza, dapat beropersi semula.
Bantuan tersebut meliputi ubat-ubatan, bekalan perubatan, makanan dan bahan api untuk mengendalikan penjana kuasa hospital terbabit.
Arahan itu adalah tindak balas kepada keadaan rayuan kemanusiaan yang dibuat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ekoran situasi kehidupan yang semakin merosot di jalur Gaza.
Rakyat di wilayah Palestin itu menghadapi kekurangan teruk ubat-ubatan, bahan api hospital dan bahan-bahan penting yang lain akibat pengepungan rejim Israel.
Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pembangunan Semula Gaza, Mohamed bin Ismail al-Emadi akan menyelia pengagihan bantuan mengikut mekanisma Pembinaan Semula Gaza (GRM) dalam penyelarasan dengan PBB.
Peralatan juga akan dihantar melalui puntu Karm Abu Salem.
Terdahulu pada hari Khamis, Emir mengadakan telah bercakap melalui telefon dengan Dr Ismail Haniyah, ketua biro politik Pergerakan Penentangan Islam di Palestin (Hamas).
Mereka membincangkan keadaan kritikal rakyat akibat penutupan hospital dan klinik.
Emir menegaskan, sokongan Qatar terhadap Palestin adalah berterusan sambil menambah ia akan menyambung projek pembinaan semula di Gaza dan berusaha untuk menyediakan bahan api yang diperlukan untuk sektor yang berbeza.
Haniyah menyatakan rasa terima kasih kepada Emir atas sokongan berterusan Qatar untuk rakyat Palestin dan untuk sambutan Emir kepada rayuan rakyat Gaza.
Gaza hanya menerima bekalan elektrik selama beberapa jam elektrik sehari dan hospital dan perkhidmatan penting yang lain bergantung kepada penjana persendirian yang dikendalikan dengan bahan api yang disediakan oleh PBB.
Israel mengekalkan sekatan melumpuhkan Gaza untuk satu dekad yang mereka dakwa adalah perlu untuk mengasingkan Hamas.










