Terengganu, Malaysia

Pemimpin Kanan Parti ‘Islamofobik’ Jerman Masuk Islam

Arthur-Wagner

Seorang ahli politik terkemuka dari dari parti anti Islam ‘Alternatif untuk Jerman (AfD) telah memeluk Islam dan meletakkan jawatannya.

Parti itu telah mengesahkan, Arthur Wagner, ahli kanan parti berhaluan kanan meletakkan jawatan untuk ‘sebab-sebab peribadi’.

Wagner, yang telah menjadi ahli parti sejak 2015, enggan mengulas laporan akhbar Tagesspiegel, berita harian yang pertama mendedahkan perkara tersebut.

“Itu urusan peribadi saya,” katanya kepada akhbar harian itu.

Dalam jawatankuasa negeri Brandenburg, menurut Deutsche Welle kerja-kerja Wagner sebelum ini memberi tumpuan kepada gereja-gereja dan komuniti agama.

Parti AfD telah berkempen menentang pelarian dan pendatang dan mencipta sejarah apabila memenangi 12.6 peratus undi dalam pilihan raya umum pada bulan September 2017.

Parti itu menjadi parti ketiga terbesar di parlimen Jerman, Bundestag.

Berita itu mencetuskan kejutan dan ejekan di media sosial, apabila Wagner seorang pejuam Islamofobia sebelumnya telah memeluk Islam.

Apatah lagi beliau adalah anggota kanan sebuah parti yang pernah ‘mengeji’ Syariah.

Walaupun AfD menafikan tuduhan bahawa ia adalah Islamophobik, namun part itu juga telah berusaha untuk mengharamkan pembinaan masjid di Jerman.

Pada bulan Mac 2016, cawangan Bavaria parti itu menerbitkan pernyataan dasar menggesa agar pemerintah menamatkan pembinaan dan operasi masjid di rantau terbabit.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan