Presiden ‘perampas kuasa’ Mesir, Abdul Fattah Al-Sisi telah menangkap dan menuduh lawan beliau pada pilihan raya presiden yang dijangka berlangsung pada 26 hingga 28 Mac tahun ini.
Bekas Ketua Angkatan Tentera Mesir, Sami Anan, berusia 69 tahun itu yang mengumumkan pencalonan beliau pada hari Ahad dituduh memalsukan dokumen rasmi untuk menamatkan perkhidmatan dan tidak mendapat kelulusan.
Anan telah mengumumkan hasratnya untuk bertanding, dua jam selepas Al-Sisi mengumumkan rancangannya untuk mendapat mandat penggal kedua.
Justeru itu, menurut satu kenyataan Jawatankuasa Tertinggi Angkatan Bersenjata (SCAF), pencalonan Anan untuk pilihan raya tersebut akan digantung ‘sehingga diberitahu kelak’, kempen beliau berkata dalam satu kenyataan pada Selasa.
Dalam ucapan yang disiarkan di laman Facebook beliau, Anan menggesa institusi awam dan tentera negara itu untuk menjadi neutral dalam pilihan raya presiden.
Katanya, beliau telah melihat nasib rakyat Mesir semakin buruk dengan kawalan pentadbiran tentera yang angkuh.
Ini, katanya, pemerintah tidak membenarkan sektor swasta memainkan peranannya dalam menjalankan hal ehwal negeri.
Terdahulu, pihak berkuasa Mesir menyerbu premis kempen Anan dan menangkap beberapa petugas menyebabkan penggantungan kerja-kerja pilihan raya kerana bimbang tentang keselamatan pekerja mereka.
Omar Ashour, seorang profesor di Institut Pengajian Arab dan Islam di Universiti Exeter, memberitahu Al Jazeera, beliau percaya tindakan rejim Sisi itu agar tiada persaingan dalam pilihan raya.
Menurutnya, penangkapan Anan adalah kerana beliau ‘mengancam’ peluang Sisi untuk diplih semula.
“Kini kami perlu menunggu dan melihat siapa yang akan datang (mencabar),” kata Ashour.
“Mungkin seseorang yang tidak mempunyai banyak sokongan diaka umbi dan tidak mempunyai apa-apa sokongan dalam pertubuhan tentera.” tambahnya










