HIKAM 2.0; Jemput Hadir Beramai-ramai!

2941

InsyaAllah pada 1 hingga 3hb Febuari 2018 Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang (DPPKM) akan menganjurkan himpunan anak muda marang (HIKAM 2.0) bertempat di kampung Padang Mengkuang, Pengkalan Berangan, Marang adalah bertujuan untuk mengumpulkan seluruh anak muda, muslimin muslimat tidak kira usia. Walaupun di “highlight”kan anak muda, tetapi gambaran akhir-akhir ini golongan muda menjadi barisan hadapan di dalam setiap program-program yang di anjurkan oleh PAS khasnya, ia merupakan petanda masa depan Islam sangat cerah.

Antara tujuan lain ialah untuk mengajar masyarakat bahawa himpunan ini “model” mengikut cara islam, sedia di ketahui bahawa agama sesekali tidak menghalang umatnya berhimpun, apatah lagi berhibur selagi tidak menjangkau batas-batas yang di gariskan oleh agama Islam. Kita selalu menitik beratkan soal batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, solat lima waktu dan hiburan yang membawa kepada mengingati Allah dan keagunganNya.

Kita juga membuka ruang sepenuhnya kepada masyarakat untuk bersama dengan Kepimpinan tertinggi PAS dan mendengar infomasi tepat dari pucuk teratas. Sedia di ketahui media arus perdana yang dimiliki kerajaan hari ini sekian lama tidak akan memberi ruang kepada pimpinan untuk bercakap atau menjawab sebarang isu. Pernahkah program besar PAS mendapat liputan langsung dalam TV? Mereka hanya beri ruang ketika pemimpin PAS meninggal dunia sahaja, atau ucapan sekerat bertujuan mengelirukan rakyat. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Almarhum Ustaz Fadhil Noor dan Tok Guru Nik Abdul Aziz dan lain-lain, mereka hanya di iktiraf selepas kematian.

Himpunan ini umpama meledakkan sesuatu supaya berlaku gelombang terbesar untuk menghadapi PRU -14 nanti, PAS hari ni menghadapi cabarang yang sangat hebat dari segenap penjuru, kita di ajar terus berjuang tidak kira kalah atau menang yang penting kita terus istiqomah di atas landasan yang betul, tidak sesekali terpengaruh dengan percaturan orang-orang tertentu. Dan hanya percaya bahawa Islam sahaja yang boleh memimpin hidup ini.

kerajaan hari ini telah terbukti gagal memimpin, lihat sahaja statistik jenayah dan kerosakan dalam negara kita, hampir semua aspek rosak dengan ketirisan, rasuah, pembuangan anak, pembunuhan, rompakan, pendidikan, ringgit menjunam, percukaian melampau. Boleh dikatakan tersangat ‘gila’ masyarakat hari ini, kerana sentiasa memberi mandat setiap PRU kepada UMNO dan BN mentadbir, sedangkan telah terbukti di hadapan mata bahawa mereka gagal mengurus negara ini.!

Bermacam pengisian di hidangkan kepada pengunjung HIKAM 2.0 kali ini, yang pasti ia sarat dengan info dan taujihad yang padu dari pimpinan, kita akan mendengar amanat dari Ustaz Idris Ahmad (Ajk Pas pusat), Ustaz Fadhli Shaari (KP Negeri Kelantan), Hj Yahya Ali dan Ustaz Sulaiman Sulong pada malam pembukaan.

Kami cuba pelbagaikan bentuk pengisian, antaranya kuliah haraki yang akan di sampaikan oleh Ustaz Syeikh Hanafi, Ustaz Muzani dan YB Ustaz Ariffin Deraman selepas maghrib. Ada juga dalam bentuk santai petang chit chat Ustaz Azhar Idrus bersama Tuan Guru Presiden. Saudara Yusuf Azmi dan Ustaz Abdul Halim dalam slot semboyang satu malaysia pada hari berikutnya Gegar HIKAM bersama Ustaz Haslin Bollywood dan Ali XPDC pada jumaat malam dan Malam Ambang Kemenangan bersama Ustaz Dusuki Abdul Ghani, Soutul Amal dan Nizam LAKSMANA pada malam kemuncak.

Tidak lupa konvoi anak muda, sukan, pertandingan memanah, silat, motor show, cabutan bertuah, pelancaran Alternatif Band Club Marang, dan pesembahan anak-anak pasti menanti anda.

Seterusnya Himpunan Anak Muda Marang, Kita akan mendengar taujihat dan amanat dari Ustaz Khalil Abdul Hadi dan YB Ustaz Mohd Noor Hamzah pada jam 3.00 petang sabtu.

Ayuh! seluruh pemuda, muslimin dan muslimat kita menghadirkan diri dalam himpunan bersejarah ini. Jangan lepaskan peluang membawa anak-anak mengunjungi gerai-gerai jualan yang hampir 300 gerai pelbagai ragam terhidang. Semoga ukhuwwah dan tali persaudaraan dikalangan kita terpelihara, seterusnya bersama – sama membina Daulah Islamiyyah yang mendapat keampunan dari Allah yang maha pengampun. Amin
Jazakallahukhairan Khathira.

Ziyad Zakaria
Pengarah HIKAM 2.0
Naib Ketua DPPKM