Muslihat AS, Tawarkan Abu Dis Ganti Kepada Baitulmaqdis

1766
Muslihat AS.....mahu menggantikan Baitulmaqdis dengan Abu Dis yang terletak jauh dari Al-Aqsa

Ketua Politik Hamas Ismail Haniya menegaskan, tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah satu muslihat bertujuan menghancurkan perjuangan warga Palestin.

Beliau berkata, AS telah menawarkan kepada Pihak Berkuasa Palestin satu kawasan di pinggir bandar Baitulmaqdis, Abu Dis, alternatif kepada Jerusalem (Baitulmaqdis) sebagai ibu negara Palestin.

“AS masih menawarkan sebuah tempat atau entiti dalam kawasan Abu Dis, jauh dari Baitulmaqdis,

“dengan jambatan menghubungkan kepada Masjid al-Aqsa yang membenarkan kebebasan solat, “katanya.

Beliau berkata demikian pada mesyuarat bersama pemimpin-pemimpin di Semenanjung Gaza pada hari Selasa, 26 Disember.

Oleh itu, mantan Perdana Menteri Gaza itu, memberi ingatan kepada seluruh umat Islam tempatan, serantau dan antarabangsa terhadap berusaha AS untuk melaksanakan pelan untuk Timur Tengah, yang baharu, yang dinamakanya sebagai ‘Perjanjian Abad Ini’.

Ismail Haniya berkata beliau telah memaklumkan kepada Raja Abdullah dari Jordan mengenai apa yang dilihatnya sebagai bahaya yang datang daripada keputusan AS terhadap Jerusalem, projek penempatan semula dan tanah air alternative kepada Palestin.

Justeru itu, beliau menyeru agar seluruh warga Palestin untuk terus bangkit ‘memberontak’ dan menentang keputusan Trump dan terus menunjukkan protes mereka.