Terengganu, Malaysia

11 Orang Warga Palestin Telah Terkorban Sejak Pengisytiharan Trump

Zakaria Kafarneh-Gaza_0

Seramai 11 orang warga Palestin telah terbunuh sejak Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan, akan mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel pada 6 Disember lalu.

Yang mutakhir, Kementerian Kesihatan Gaza berkata, Zakaria al-Kafarneh, 24, meninggal dunia selepas ditembak di dada dalam pertempuran berhampiran Jabalia, utara jalur itu.

Sementara itu sebelumnya, seorang pemuda Palestin telah mati akibat luka yang dialami dalam pertempuran dengan tentera Israel, di sepanjang sempadan antara Semenanjung Gaza dan Israel awal minggu ini.

Bantahan terhadap tindakan AS itu terus berlangsung di seluruh dunia, termasuk oleh penganut Kristian pada sambutan hari Natal.

Di Malaysia, Setiausaha Majlis Gereja Rev Dr Hermen Shastri berkata Baitulmaqdis harus dikongsa bersama oleh semua agama.

Menurutnya, dunia mesti mengguna pakai ketetapan yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai isu tersebut.

11 Orang Warga Palestin Telah Terkorban Sejak Pengisytiharan Trump

“Jerusalem adalah tempat bahawa semua agama adalah berminat di dalamnya. Ia seharusnya menjadi bandar keamanan. Ia perlu menjadi kota yang dikongsi bersama, “katanya.

Pada Jumaat Di Bethlehem, beberapa orang penunjuk perasaan terus membantah dan mengangkat sepanduk anti-Trump yang bertulis, “Mr Trump, ia bukan tanah anda untuk membuat keputusan yang berhak atasnya, Jerusalem adalah milik kita dan ia milik kita, Jerusalem adalah ibu kota Palestin”.

Perhimpunan Agung PBB telah meluluskan resolusi pada hari Khamis 21 Disemmber, untuk menolak langkah AS dan menuntut semua negara anggota mematuhi resolusi status Jerusalem itu.

Sehubungan itu, Kementerian Luar Palestin telah mengutuk pelan pembinaan penempatan baharu rejim Israel, termasuk pembinaan 300,000 unit rumah di Baitulmuqaddis Timur.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu pada Ahad menegaskan Donald Trump yang bertanggungjawab atas ‘keangkuhan Israel’.

“Kementerian ini menegaskan bahawa kesombongan kolonial Israel tidak akan berlaku tanpa keputusan Presiden AS Donald Trump untuk mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel,” kata kenyataan itu.

“Pentadbiran Trump mesti bertanggungjawab terhadap jenayah baru Israel, menankuj dan memaksa rakyat Pelestin,” kata kenyataan itu.

Palestin juga menggesa Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa bertindak terhadap pencerobohan Israel keatas wilayahnya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan