Terengganu, Malaysia

Kampung Terbakar Selepas Aung San Su Kyi Melawat Maungdaw

satelite imej kampung terbakar

Sebuah kampung Rohingya, Thu Oo Lah (Kolla Bill) dilaporkan telah dibakar 2 November kira-kira pukul 9.00 malam, selepas Aung San Su Kyi melawat Maungdaw.

Pemerhati Hak Asasi Manusia dari Maungdaw, Halim Ahmad berkata, pada sebelah paginya, Kaunselor Myanmar itu bertemu masyarakat Rohingya di Pandaw Pyin (Nolbanna).

Menurut Kaladan News Network, Aung berbincang dengan penduduk kampung melalui penterjemah menjelaskan perkembangan semasa.

“Aung San Su Kyi datang ke Maungdaw hari ini dan berbincang dengan orang ramai tentang pembangunan, penempatan semula dan sistem kemanusiaan,” jelas portal berita Rohingya itu.

Namun begitu sebaliknya, pihak berkuasa telah bertindak memaksa masyarakat Rohingya untuk menerima NVC – National Verification Certificate (Sijil Pengesahan Kebangsaan) atau meninggalkan negara ini.

“Pelbagai halangan dan kesusahan dikenakan kepada Rohingya termasuk tidak dibenarkan untuk menuai padi mereka, sekatan pergerakan, menghadapi kebuluran,

“tiada bantuan kemanusiaan, tiada kawalan keselamatan dan membakar kampung yang masih ada,” kata Halim.

Halim menambah, pada masa yang sama, sekumpulan pegawai tentera peringkat tinggi datang ke Ibu Pejabat Polis Sempadan dan memanggil penduduk yang masih tinggal dari kampung Labow Zarr, Mingalah Gyi, Poungzarr, Kanyin Chaung, dan lain-lain.

Menurut Halim, penduduk kampung Rohingya telah diancam agar tidak membuat pengakuan bahawa tentera telah membakar kampung-kampung mereka.

Dalam pada itu, seorang pelajar dari Maungdaw Haroon Mohamad berkata, masyarakat Rohingya telah ditekan dengan gangguan dalam kehidupan seharian.

Kata Haroon, pihak berkuasa mahu agar Rohingya meninggalkan tanah dan rumah mereka.

Menetara itu, seorang pelarian yang meniggalkan kawasan Anjuman Para berkata, lebih 10,000 masyarakat Rohingya terkandas dalam kelaparan kerana takut diserang oleh pasukan keselamatan Myanmar.

***Menyumbang melalui Tabung Kemanusiaan Rohingya anjuran PASRelief Terengganu yang akan berlepas ke kem pelarian di Cox’s Bazar Bangladesh pada 13 November 2017, atas nama DANA TAAWUN DPPNT MAYBANK ISLAMIC , NO AKAUN : 5630 6411 3873

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan