Terengganu, Malaysia

Konflik Selatan Thai; Kawalan Keselamatan Dipertingkat Sempena Ulangtahun BRN

0910003

Pegawai keselamatan di wilayah selatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dalam jangkaan peningkatan pertembungan antara pejuang Barisan Revolusi Nasional (BRN) dengan tentera sempena ulang tahun penubuhan kelompok itu pada 25 Oktober.

Polis, sukarelawan dan tentera telah bersiap siaga sepenuhnya dengan mewujudkan sekatan pemeriksaan di jalan-jalan utama.

Mereka meneliti setiap kenderaan yang melalui pusat pemeriksaan kerana dilaporkan, beberapa kenderaan yang dicuri telah bertukar menjadi bom kereta.

Beberapa serangan bom dilaporkan pada minggu ini di Narathiwat, namun tidak melibatkan sebarang kecedaraan.

Konflik Selatan Thai; Kawalan Keselamatan Dipertingkat Sempena Ulangtahun BRN

Pada 19 Oktober, bom paip dilemparkan ke pusat pemeriksaan di sebuah pasar di daerah Chanae, Narathiwat oleh seorang pembonceng motosikal ketika sukarelawan membuat rondaan.

Bahan letupan buatan sendiri itu tidak tersasar dan meletup di belakang dapur pusat pemeriksaan., sementara pelakunya melarikan diri.

Di daerah Sungai Padi, ‘bom tepi jalan’ diletupkan apabila sebuah trak tentera enam roda sarat dengan bekalan sumbangan diraja untuk disampaikan kepada sukarelawan dan pekerja awam.

Letupan itu tidak menyebabkan sebarang kerosakan kepada lori dan serpihan tangki gas 20kg pecah ditemui, disyakki diaktifkan melalui radio pemancar.

Konflik Selatan Thai; Kawalan Keselamatan Dipertingkat Sempena Ulangtahun BRNKetua Daerah Muang Narathiwat Yaya Panako, telah mengetuai sekumpulan pegawai pentadbiran tempatan untuk melawat sukarelawan di lima zon keselamatan berhampiran lokasi.

Para sukarelawan adalah pembantu kepada pihak polis dan tentera untuk menyaring dan memeriksa semua kenderaan yang memasuki zon keselamatan di bandar.

Menurut pakar bebas mengenai konflik selatan Rungrawee Chalermsripinyorat, BRN adalah kumpulan pembebasan yang beroperasi di rantau selatan Thailand, dikenali sebagai Patani.

Beberapa anggota BRN telah menyertai beberapa kumpulan pembebasan dalam kapasiti peribadi mereka untuk membentuk organisasi payung Mara Patani yang terlibat dalam dialog damai dengan kerajaan Thai.

Kepimpinan BRN, bagaimanapun, telah memutuskan untuk menjauhkan diri daripada rundingan damai yang dipimpin tentera.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan