

Objektif bagi himpunan ini adalah untuk mencetuskan gelombang kebangkitan masyarakat petani, nelayan dan penternak berkaitan isu-isu masa depan dan hak-hak mereka mereka sebagai rakyat di dalam sebuah negara supaya mereka menyedari bagaimana selama ini dasar-dasar kerajaan Umno/BN telah menzalimi mereka.
Program sehari suntuk ini, bermula dari pagi hingga tengah malam pada 23 Julai 2011 bertempat di Kampung Bari, Permaisuri akan bermula dengan kuliah dhuha yang akan disampaikan oleh YB Ustaz Dato’ Hj Nasuruddin Daud, Speaker Dun Kelantan disusuli dengan majlis perasmian oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut.
Perjalanan program akan dimeriahkan lagi dengan acara ‘Pesta Jualan Hasil-Hasil Pertanian dan Penternakan’ yang akan berlangsung sepanjang program serta ‘Jamuan Rakyat’ pada tengahharinya.
Acara sukaneka dan program muslimat akan mengisi jadual waktu petangnya, serentak dengan itu juga satu seminar tertutup dengan pembentangan 2 kertas kerja akan berlangsung di Taman Tekreasi Merang.
Penutup pada malamnya, suatu ceramah umum di tapak himpunan yang akan menampilkan Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Muhammad Sabu dan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi di samping Ustaz Dato’ Haji Abu Bakar Chik, Pengerusi Lujnah Petani, Nelayan dan Peneroka Terengganu.
Dr Azman Ibrahim
Pengarah
Himpunan Petani Terengganu (Zon Utara) 2011


























