Terengganu, Malaysia

100 Mayat Tidak Dikenalpasti Disemadikan Dalam Kubur Besar Tanpa Nama

marawi-bodies-jack-oct-6–mass-graves-filled

MARAWI, Filipina – Kira-kira 100 mayat mangsa konflik bersenjata Marawi yang tidak dapat dikenalpasti identitinya, telah disemadikan pada satu tanah perkuburan awam, Maqbara dekat bandar raya itu.

Walaupun pihak pihak berkuasa pengurusan bencana dapat mengambil DNA daripada jasad terbabit, namun sebahagian besarnya telah mereput dan hanya tinggal tulang temulang sahaja.

Sebahagian besar daripada jumlah mayat itu dipercayai adalah daripada kalangan militan yang telah melancarkan serangan keatas bandar raya tersebut sejak 27 Mei lalu.

100 Mayat Tidak Dikenalpasti Disemadikan Dalam Kubur Besar Tanpa NamaNamun, para pegawai yang bertugas tidak boleh benar-benar mempastikan samada ia dikalangan mereka atau adalah mayat orang awam.

“Kebanyakan mereka yang kita percaya adalah anggota kumpulan Maute-ISIS. Mungkin sekitar 80 hingga 90 peratus adalah pejuang (terbabit), “kata Amee Mindalano, Ketua Operasi Untuk Pejabat Pengurusan Bandar Bencana Pengurangan Risiko Marawi.

Tetapi Ketua Operasi Menyelamat Hanifi Sani sebaliknya berkata, angka yang berkenaan sebenarnya kira-kira 60 peratus sahaja.

“Kami tidak benar-benar pasti. Sebahagian daripada mereka telah ditemui di dalam zon pertempuran. Kita tahu bahawa kawasan yang diduduki oleh militan,

100 Mayat Tidak Dikenalpasti Disemadikan Dalam Kubur Besar Tanpa Nama

“Kami mengatakan bahawa sebahagian besar daripada mereka didakwa adalah pejuang kerana kebanyakan mereka mempunyai luka pertempuran, mempunyai kesan tembakan di bahagian yang berlainan di badan mereka.” jelasnya.

Oleh itu, sebahagian besar daripada mayat itu telah dikebumikan dalam perkuburan besar tanpa majlis dan prosedur rasmi.

Pihak keluarga pula tidak tampil ke hadapan untuk mengenal pasti yang telah menyukarkan pihak berkuasa mengaturkan sebarang acara ‘perjalanan akhir’ kepada mayat terbabit.

“Walaupun kita mempunyai DNA dijana pada sampel ini (tetapi) jika tidak ada orang yang keluar untuk mengakui mereka adalah saudara-mara yang hilang,

“maka yang dikesan tiada membantu apa-apa,” kata Polis Kanan Penguasa Mary Leocy Magabo.

100 Mayat Tidak Dikenalpasti Disemadikan Dalam Kubur Besar Tanpa Nama

Konflik yang berterusan sejak lima bula lalu meninggalkan kesan keselamatan di wilayah Selaan Filipina terutamanya pulau Mindanao.

Sehingga kini sebahagian besar kawasan tersebut masih dalam kawalan pihak tentera dan diletakkan dalam perintah berkurung dan undang-undang darurat.

Meurut pihak tentera angka kematian rasmi adalah seramai 1,000 orang, termasuk 749 militan yang dikatakan itu dan 155 kakitangan perkhidmatan keselamatan.

Hanya 47 orang awam sahaja yang terbunuh sejak konflik tercetus di bandar raya Marawi yang diduduki oleh majoriti umat Islam.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan