Rayuan Sumbangan Derma Dan Sedekah Untuk Rohingya

2393

Orang ramai dipohon untuk menyumbangkan kewangan, derma dan sedekah kepada warga Rohingya yang kini sedang dizalimi oleh kerajaan mereka sendiri.

Mereka bertarung dengan ‘maut’ dan terpaksa melarian diri ke negara jiran di Bangladesh, kerana diburu dan dibunuh oleh pihak kerajaan junta Myanmar.

Oleh itu, menurut Pengarah PAS Relief, Muhammad Sanusi Md Nor, satu Misi Bantuan Kemanusiaan akan dianjurkan pada 9hb hingga 12hb Oktober depan.

Antara perkara yang akan menjadi menjadi tumpun pada Misi kali ini ialah pembinaan ‘telaga tiub’ bagi kegunaan sebahagian daripada 400, 000 pelarian di kawasan Cox Bazaar.

Kos satu telaga adalah antara RM800 hingga RM1000, beza berdasarkan lokasi dan tinggi rendah kedudukan tapak.

Oleh itu kata beliau, mereka yang prihatin boleh menyalurkan sumbangan kepada para peserta Misi kali ini, yang akan turut disertai oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi peserta dari negeri Terengganu, empat orang sukarelawan Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) dijangka turut bersama bagi melaporkan kegiatan yang berlangsung selama Misi itu.

Menurut sumber Misi terbabit, antara aktiviti 20 ahli rombongan itu nanti iadalah mengedarkan 3000 pakej kecil makanan yang bernilai RM40 (1USD).

Satu lori akan dimuatkan antara 500 hingga 1000 pakej yang akan melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM120,000.

Selain itu, oleh kerana tidak ada lagi tapak untuk bangunan sekolah besar, pihak NGO tempatan di Bangladesh mencadangkan agar ia di didirikan satu bangunan untuk satu kelas di tapak yang kecil.

Kos bina bangunan setiap kelas dengan peralatan asas sekitar RM1800 dan cukup untuk 30 orang pelajar dan seorang guru.

Tugas mendidik anak-anak Islam Rohingya tersebut akan diberikan kepada di kalangan pelarian yang berpendidikan tinggi, samada graduan dari Universiti Islam Chittagong dan universiti lain di Myanmar.

Kos operasi setahun sekolah tersebut, termasuk bangunan, buku, alat tulis, gaji guru, kerusi dan meja bagi setiap kelas adalah kira-kira RM8,000.

Misi pada kali ni bercadang untuk membina sebanyak lima kelas dengan kos RM9,000.

Manakala satu khemah untuk berlindung daripada panas dan hujan kepada pelarian berharga sekitar RM850, yang boleh memuatkan tujuh hingga lapan orang bagi satu keluarga.

Khemah tersebut boleh bertahan sekitar hingg tiga tahun, sementara meneruskan kehidupan disitu.

Misi 1 PASRelief buat telah mengagihkan 55 buah khemah dan pada kali ini, dengan sumbangan seluruh rakyat, adalah menjadi harapan, lebih banyak lagi khemah-khemah yang akan didirikan.

Bagi negeri Terengganu, orang ramai yang berhasrat untuk menyumbang boleh disalurkan kepada kepada Tabung KAMI melalui akaun Bank Islam KAMI MANAGEMENT No. 13053 01 0008281