Jamaat-E-Islami Sri Lanka Bersyukur Terima Kunjungan NGO Malaysia

1965

COLOMBO – Jamaat-E-Islami Sri Lanka bersyukur kepada Allah dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang melaksanakan ibadah korban dan membantu umat Islam di negara itu.

Ahli Jawatankuasa Eksekutifnya Samsudeen Mohamed Rafique berkata, kedatangan NGO dari Malaysia membawa berkat dan ia adalah negara yang sentiasa dihati warga Sri Lanka.

“ia sentiasa terpahat di hati kami kerana banyak sebab antaranya, sesetengah budaya rakyat Malaysia adalah sama dengan dengan kami di sini

“orang Malaysia hatinya lembut macam kami di sini juga,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Ta’aruf antara delegasi NGO Malaysia dengan beliau di Markaz Serantau Barat Daya Jamaat, di daerah Putallam semalam 2 September.

Hadir sama dalam majlis ringkas tersebut ialah Dr Hasnah Ismail dari Yayasan Amirul Ummah, Mohd Kamal Ismail mewakili IMBNet dan Afendi Ahnad dari NGO Asian Federation of Muslim Youth (AFMY).

Menurut beliau keadaan umat Islam di Sri Lanka bertambah baik walaupun masalah kemiskinan berada pada tahap 23 peratus.

Pelbagai pembaharuan kata beliau telah dilaksanakan oleh kerajaan baharu Sri Lanka, antaranya mewujudkan satu Kementerian khusus bagi menjaga hal ehwal umat Islam.

“kita ada system wakaf….dimana semua harta wakaf umat Islam diletakkan dibawah Kementeria dan dijamin oleh kerajaan……tidak akan berpindah kepada orang lain,

“kita kita ada undang-undang keluarga sendiri yang diamal dan dilaksanakan………ada kuota 10 peratus dalam kerajaan, ada siaran radio menyapaikan suara umat Islam,” jelasnya.

Selain itu, kata beliau, rado kerajaan juga menyiarkan ‘laungan azan’ melalui udara, setiap kali masuk waktu solat, lima kali sehari.

Namun begitu katanya, kemiskinan masih menghantui ramai warga Islam Sri Lanka yang rata-rata mempunyai pendapatan kurang daripada RM1000 sebulan bagi keluarga yang mempunyai empat atau lima orang anak.

Justeru, beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif NGO Pembangnan dan Kemajuan Serendib menyeru agar lebih ramai lagi para muhsinin membantu umat Islam Sri Lanka.

“kami masih merupakan umat minoriti dengan jumlah semua orang Islam hanya 10 peratus dari seluruh panduduk Sri Lanka,

“kita di sini, melaksanakan pelbagai program membantu meningkatkan kebajikan terutamanya soal kesihatan dan pendidikan supaya kami dapat menjalani kehidupn yang lebih baik,” kata beliau.

Sebnyak 23 ekor lembu korban yang dikumpulkan oleh NGO terbabit relah disembelih dan dagingnya diagih-agihkan kepada penduduk miskin didaerah Putallam.