Penduduk Batu Enam Berhimpun, Tunjuk Kemarahan Kepada Israel

1685

KUALA NERUS – Lebih 200 orang penduduk sekitar Pekan Batu Enam telah berhimpun dan menunjukkan kemarahan mereka terhadap Israel yang menzalimi rakyat Palestin.

Mereka beramai-ramai keluar ke jalan raya, menunjukkan perasaan sejurus selepas menunaikan solat Jumaat, 28 Julai.

Ketua Penerangan PAS Kuala Nerus YB Ustaz Hishamudin Abdul Karim berkata, ia bertujuan untuk memberitahu seluruh dunia bahawa penduduk pecan kecil di negeri Terengganu itu, bersatu hati dengan Palestin.

“tidak ada tujuan lain kita berhimpun ni……..orang kata berhimpun buat apa bukan kita boleh ‘royak’ bukan kita boleh bunuh Israel pun,

“Memang kita tak boleh nak bunuh yahudi tetapi para hadirin sekalian kita berhimpun pada hari ini kita nak tunjuk pada seluruh dunia bahawa umat Islam bersatu hati dengan Palestin,” tegasnya.

Disamping itu, kata beliau, ia adalah untuk memberi kesedaran kepada seluruh orang Islam yang duduk di daerah tersebut dan penduduk Terenggannu umumnya, agar memahami kedudukan sebenar rakyat Palestin.

Menurutnya, isu warga Palestin yang dijajah oleh rejim Israel bukan bermusim, sebaliknya berterusan sehinggalah milik Islam itu dibebaskan.

“tiba-tiba Yahudi pergi sekat……Yahudi tak benar untuk kita sembahyang (jadi) sensitiviti perasaan orang Islam ni macam mana?

“Takkan kita nak biarkan orang Palestin saja yang marah? Orang duduk Batu Enam tak ada apa apa boleh makan nasi sedap, malu kepada orang kafir mereka boleh bersatu hati bantai orang Islam kita syok sama kita je,” jelas beliau.

Justeru itu, beliau yang juga Ahli Dewab Undangan Negeri (ADUN) Tepoh menyeru agar orang ramai merakam gambar himpunan dan menyebarkannya ke seluruh dunia.

“mintak tuan-tuan rakam gambar, kita akan sebut dan kita akan isytihar di luar bahawa orang Batu Enam berhimpun marah tunjuk sepanduk kita tak setuju dengan perangai yahudi yang buat khianat,

“tanda kita bersatu hati pada hari ini kita nak suruh jadi bukti di hadapan Allah bumi Palestin dibela oleh orang orang yang duduk Batu Enam, bumi Palestin dibela oleh penduduk Kuala Nerus yang kita tidak berpeluk tubuh dan kita akan terus bawa pembelaan ini,” ujar beliau lagi.