Terminal Bas Misteri?

5236

BESUT – Orang ramai yang melalui dan berurusan di kawasan pasar Jerteh, tertanya-tanya, bilakah Terminal Bas yang ‘berdiri’ sejak tahun lalu, dapat digunakan.

Sejak beberapa bulan yang lalu, rakyat tambah bingung apabila, Terminal Bas yang didakwa telah siap ttu, tiba-tiba dibaik pulih pula.

Setelah Jerteh Souq tidak siap, kerajaan cuba ‘membeli’ perhatian rakyat dengan membina Bahkan Terminal Bas dan Teksi imisteri di bandar Jerteh, Besut.

Bangunan yang disiapkan dengan harga RM5 juta oleh Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman bagaimanapun tergendala dan masih tidak boleh digunakan oleh rakyat.

Walaupun bangunan berwarna merah itu dikatakan dan kelihatan telah siap pada tahun 2016, namun ia tidak digunakan kerana tidak mempunyai kemudah lengkap dan selayaknya sebagai hentian bas.

Antara masalahnya ialah tidak ada tandas, keperluan utama untuk penumpang dan orang ramai yang menggunakan sesuatu hentian.

Justeru itu, ia telah dibaikpulih semula bermula bulan lalu tetapi tidak ada papan tanda projek yang menerangkan maklumat sebagaimana projek-projek kerajaan yang lain.

Siapakah yang bertanggung jawab keatas projek tersebut tidak diketahui.

Apa yang tertera diatas sekepimg papan tanda berwarna biru, disisi pembinaan yang sedang berjakan hanyalah menyatakan ‘Projek Kerajaan Persekutuan Cadangan Menaiktaraf TempatLetak Kereta Di Terminal Bas Dan Teksi Di Bandar Jerteh’.

Tidak ada papa tanda sebagaimana biasa, ‘Sebuah Projek Kerajaan Barisan Nasional’ yang lazimnya memaparkan nama kontraktor dab butiran lain seperti, Tarik mula projek dan tarikh siapnya.