Atur Langkah Menuju Kejayaan Yang Lebih Besar

1831

KUALA TERENGGANU – Sempena hari kemenangan Aidilfitri, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Dato’ Ustaz Husain Awang menajak seluruh rakyat negeri ini mengorak langkah menuju kejayaan yang lebih besar.

Beliau ketika mengucapkan ‘Selamat Hari Raya’ kepada semua semua umat Islam, berharap, hari raya tahun ini disambut dengan penuh keberkatan.

“saya bagi pihak seluruh pemimpin dan ahli PAS mengcapkan selamat hari raya semua (kita) sentiasa dinaungi rahmat Allah,

“dan mendapat keredaan (daripada) Allah SWT sepanjang kehidupan,” ujarnya

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri dan menyampaikan khutbah di masjid Kampung Padang Landak, Besut, pada Ahad 25 Jun.

Dalam pada itu, semua umat Islam diseru jangan menjadi pemusnah agama dan golongan yang menyokongnya.

Ahli Jawatankuasa PAS Kuala Nerus Ustaz Muzaihar Kamal Mustafa Kamal berkata, mereka yang tidak menunaikan solat itu adalah pemusnah agama, kerana solat merupakan ‘tiang agama’.

“janganlah ada dikalangan kita yang keluar dari madrasah Ramadan, masih duduk dan reda bersama pemusnah agama,

“jangan kita tinggal sebumbung dengan orang tidak menunaikan solat, duduk si sebelah menyebelah, dengan anak-anak yang tidak solat, suami atau isteri yang tidak bersembahyang,” tegasnya.

Mudir Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman itu berkata demikian ketika menyampai khutbah selepas bersama ratusan penduduk kampung, menunaikan solat sunat Aidifitri, di masjid Jamek Tok Jiring, Kuala Nerus.