Oleh : Rohayati Ripin
KUALA NERUS Memberi joran itu lebih baik daripada kita memberi ikan semata-mata, kerana joran akan memberikan peluang rezeki yang lebih, berbanding ikan.
Ketua Ameerah kawasan Kuala Nerus, Khairunnajjah Mohd berkata, kerajaan perlu melengkapkan infrastruktur bagi membantu golongan muda pada hari ini, bukan hanya mengagihkan dana-dana politik sahaja.
“jangan kita hanya memberi bantuan keperluan mereka kerana mereka akan menjadi malas dan sentiasa mengharapkan bantuan dari kita semata -mata tanpa berusaha untuk memajukan diri sendiri.
“Kita hendaklah bantu mereka melalui kemahiran atau ilmu dalam sesuatu bidang supaya mereka berusaha memajukan diri mereka sendiri,
“kita tidak mahu di ajar hanya menerima duit semata –mata seperti ‘brim’ yang diperkenalkan oleh kerajaan”, ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Ziarah Pengundi Muda di DUN Bukit Tunggal pada Isnin 12 Jun.


“Kami merancang untuk menaja beberapa orang golongan muda dari kawasan Kuala Nerus untuk mengikuti kursus menjahit,
“Hanya mereka yang betul-betul berminat sahaja akan dipilih dan kita akan cuba mencari bantuan untuk menyediakan mesin jahit untuk mereka,” kata beliau.
Justeru, Ameerah mencadangkan agar kerajaan menyediakan peluang pekerjaan yang secukupnya kepada lambakan graduan universiti, masa kini.
Beliau berkata, pihak kerajaan mesti mengambil inisiatif dengan menyediakan kemahiran untuk menjana pendapatan untuk mereka sendiri.
“Jangan membiarkan golongan cerdik pandai negara kita terkapai-kapai selepas tamat pelajaran,” tegas beliau.




























