1) Mengaitkan Negara Islam sebagai negara teokratik dengan mengatakan : “The Prime Minister and other UMNO stalwarts are fully aware of MCA’s stand on turning this country into a theocratic Islamic State” (sila rujuk laporan akhbar The Star bertarikh 02/05/2011 di bawah tajuk ‘MCA strongly against Islamic State’.
2) Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki berlainan muhrim dari bersentuhan apabila mengkritik tindakan calon PAS di Pilihanraya Kecil DUN Tenang , Cikgu Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki dan juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang memakai sarung tangan apabila bersalam dengan lelaki. Beliau menyatakan : “Normala will not come here to a Chinese temple, she doesn’t even shake hands with the people. I have received complaints about this. She is like Anwar Ibrahim’s wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic value, go ahead and vote for PAS”. (sila rujuk laporan portal berita Malaysia-Chronicle bertarikh 20/01/2011 di bawah tajuk ‘Chua slams Normala, Wan Azizah for wearing gloves when shaking hands’.
3) Cuba memprovokasi dan/atau menyindir sambutan Hari Raya Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah Pihab Berkuasa Tempatan di Negeri Kelantan memaksa supaya kedai-kedai di tutuppada Hari Raya Aidiladha. Beliau menyatakan “Becoz of hari raya haji all shops seem to be closed for celebration or by directive from local authority? It’s quiet in Kota Bahru”.
4) Mengaitkan Islam sebagai punca banyak negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi negara tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipaliti rasuah dan lain-lain lagi. Antara lain beliau dilaporkan sebagai berkata : “Do not be too optimistic that once PAS rules the government, the country will be free from corruption and other problems. Bear in mind, some of the most corrupted countries are Muslim-majority nations….. He noted that the book listed down the common characteristics of 57 Muslim-majority countries in the world which, among other things, claimed that the nations were less democratic because of its emphasis on religion. Although these countries have Cabinets and elections, they also have the Council of Muslim Elders, which enjoys absolute power to override the decisions or policies made by the government. Since these countries formulate their policy using religion as its basis, policies formulated will not be on par with the global development requirement”. Sila rujuk laporan portal berita The Malaysian Insider bertarikh 06/08/2010 di bawah tajuk ‘Soi Lek fires broadside at Umno, PAS’.
Kami percaya sekiranya Dato Seri Dr Chua Soi Lek dibiarkan berterusan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang provokatif yang menyentuh berkaitan Agama Islam tanpa memperdulikan sensitivity umat Islam di negara ini, lambat laun pastinya akan menimbulkan suasana tegang dan tidak tenteram di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. Kami juga percaya kenyataan-kenyataaan yang dinyatakan di atas bukanlah mewakili suara dan kehendak masyarakat bukan Islam di Malaysia. Bahkan kami meyakini seluruh rakyat Malaysia menolak sebarang cubaan untuk memainkan sentiment agama semata-mata bagi mencapai matlamat politik.
Justeru, kami memohon supaya Dato Dr Chua Soi Lek dapat disiasat dan diambil tindakan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan atau mana-mana peruntukan undang-undang yang relevan. Keratan dari kenyataan-kenyataan di atas dilampirkan bersama ini untuk rujukan pihak Tuan. Inilah sahaja laporan kami.
Wan Mohd Faizul bin Wan Abas
750405115125
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.
*** Laporan polis ini dibuat pada jam 3 petang, 2 Mei, 2011 di Balai Polis Kuala Terengganu




























