Kerajaan BN Gagal Mengurus Kewangan Menurut Islam

1574

Oleh : Salwanaa Ghani

KUALA NERUS – Kerajaan Barisan Nasional (BN) masih gagal mengurus kewangan menurut kehendak Islam juga gagal pembentangan bajet yang tidak defisit.

Ahli Parlimen Kawasan Parlimen Kuala Nerus Dato’ Dr Ustaz Khairuddin Aman Razali berkata, untuk tempoh 20 tahun terakhir 2008 hingga 2016 bajet yang dibentang oleh kerajaan BN masih defisit.

“yang bermaksud perbelanjaan negara melebihi pendapatan dan kegagalan ini adalah satu kesilapan yang besar dalam pengurusan kewangan Islam 2017,

“hari ini kerajaan BN telah berhutang RM 655 billion pada data maklumat akhir September 2016, dasar bentang bajet defisit yang juga amalan peringkat negara malah negeri Terengganu pun yang tak patut hutang pun berhutang 1.8 billion,” ujarnya.

Beliau berkata demikian di program Perjelas 1.0 di Komtaq, Batu Enam, Selasa malam 23 Mei 2017.

Menurutnya, negeri yang dibawah pentadbiran kerajaan BN yang paling banyak hutang Pahang dan Johor.

Sebaliknya, negeri yang tidak berhutang adalah Selangor yang menambah pendapatan, manakal Kelantan defisit kerana kerajaan pusat melambat-lambatkan bayaran yang sepatutnya dilunaskan.

“Kegagalan ini ertinya kerajaan BN diperingkat Persekutuan dan negeri gagal bentang bajet mengikut kaedah Al-Quran,

“ini kesalahan besar yang menyebabkan kerangka pengurusan menjadi rosak maka dengan itulah kerajaan mencari sumber-sumber baru untuk menampung perbelanjaan itu melalui GST dan cukai- cukai yang lain,” tegas beliau.

Sehubungan dengan itu beliau menjelaskan, tidak salah mengutip cukai tapi dalam Islam, yang diambil dari orang kaya diagih kepada orang miskin.

Tetapi, katanya, tapi dalam GST cukai diambil dari orang miskin dan orang kaya, orang kaya lebih banyak mendapat manafaat dari orang miskin.

“sistem ini salah…kita tegas GST bercanggah dengan Islam, kita juga dengar semua orang bercakap kenaikan harga barang….dasar kewangan ini yang berkait dengan kehidupan seharian kita yang rakyat boleh tengok, rasa dan pasti terasa,

“kenaikkan harga adalah dasar ekonomi negara, riba’, penggunaan sistem matawang, ekonomi yang mengutamakan koporat tertentu, dasar monopoli mengakibatkan gandum dan gula sebagai contoh dasar inilah yang mengakibatkan jangka masa panjang kenaikan harga barang dan inflasi di samping GST,” ujar beliau lagi .

Oleh itu, katanya, apaila kerajaan berhutang, kerajaan amalkan riba untuk membayar sekali faedah dan yuran laindan sesungguhnya, ia sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT.

“ertinya kerajaan BN konsisten beramal dengan riba dan ini beza cara fikir Islam,

“Apa yang diperjuangkan Parti Islam PAS itulah yang membezakan dengan parti- parti lain . Islam adalah penyelesaian masalah umat pada hari,” tambah beliau